Post kali ini akan membincangkan tentang Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh? Benarkah sekolah berasrama penuh itu menjamin kejayaan anak anda?
Khamis, Disember 29, 2011
Air Mata Keemasan
Memang Adik Keemasan amat gembira kerana memperoleh Mumtaz dalam PSRA yang lalu. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama... apabila keputusan UPSR diumumkan seminggu kemudian. Keputusan 4A1B merentap hatinya. Air mata Keemasan tiba-tiba mengalir...
Rabu, Disember 28, 2011
Tahniah Adik Keemasan
Motivasi5k ingin mengucapkan tahniah kepada adik Keemasan kerana memperolehi Mumtaz dalam PSRA dan 4A1B dalam UPSR yang lalu. Semoga adik mendapat tempat memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Amiin.
Selasa, Disember 06, 2011
Shahida Ikat Perut
Setelah kembalikan cek PTPTN, Shahida semakin terhimpit. Dengan RM50 seminggu wang saku yang ayahnya beri, Shahida terpaksa ikat perut. Itulah untuk makan, itulah untuk fotokopi dan itulah untuk segala-galanya di kampus. Makan nasi sekali sehari sudah menjadi kebiasaannya. Sekali-sekala Shahida berkongsi makan dengan room-mate. Apapun, sarapan pagi mesti diambil. Itulah pesanan ayahnya. Demi menjaga kesihatan, Shahida ambil madu dan roti sebagai alas perut. Jika tiada duit, Shahida hantar SMS kepada ayahnya minta duit.
Rakan-rakannya yang sudah dapat duit PTPTN bukan main senang hati. Joli sakanlah mereka. Tinggallah Shahida dan beberapa rakan bertudung labuh menunggu pinjaman tanpa riba. Bagi Shahida, inilah erti pengorbanan, inilah erti keperitan dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Jika hendak dibandingkan dengan perjuangan pejuang-pejuang Islam terdahulu, tentulah ini hanyalah satu cebisan kecil daripada keperitan mereka.
Kepada sesiapa yang ingin membantu Shahida, bolehlah memberi sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 12065020086739.
Kepada semua bakal penderma, motivasi5k ucapkan jutaan terima kasih.
Isnin, Disember 05, 2011
Fast Learning Diserbu!
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke KELAS INTENSIF MUSIM CUTI NOV-DIS 2011. Lebih 70 murid telah mendaftar. 10 orang fasilitator membimbing mereka. Motivasi5k mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa. Semoga kelas ini dapat memberi manafaat kepada mereka. TK.
Rabu, November 02, 2011
Siapa yang Mengajar?
Selain daripada bilangan murid/kelas, persoalan lain yang banyak ditanya oleh ibu bapa ialah, 'siapa yang mengajar?'. Di sini ingin diperjelaskan bahawa konsep kami ialah 'melatih'
Betul ke 15 murid/kelas?
Sejak minggu lalu, kami telah menerima banyak pertanyaan tentang 'betul ke 15 murid/kelas?'. Di sini kami ingin memberi jaminan bahawa janji ini akan kami patuhi dengan syarat pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan! Jangan berlengah lagi. Daftarlah sekarang!
Isnin, Oktober 31, 2011
FAST LEARNING JAN. 2012
JAN. SESI PENGAMBILAN JANUARI 2012
KELAS YANG DITAWARKAN
1. CEPAT BACA
BM, BI dan Al-Barqy
2. PINTAR BACA
BM, BI dan Jawi
3. PENGUKUHAN SUBJEK Th 1-6
BM, BI, Math dan Sc
4. AL-QURAN
Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran.
5. TALAQQI MUSYAFAHAH (Dewasa)
1. KELAS CEPAT BACA
Kelas ini disediakan khusus untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun belum bersekolah atau yang sedang belajar di pra sekolah. Tumpuan kelas adalah kepada aspek kemahiran membaca dan menulis.
Subjek : Cepat Baca, Cepat Tulis, I Can Read, I Can Write, Al-Barqy,
dan Lancar Al-Barqy
Hari : Isnin-Khamis. Masa : 3.00-4.30ptg
2. KELAS PINTAR BACA
Amat sesuai untuk murid-murid pra sekolah dan sekolah kebangsaan yang masih belum boleh membaca atau lambat membaca atau tidak memahami apa yang dibaca.
Subjek : Cepat Baca BM, Cepat Baca BI dan Bacalah Jawi.
Hari : Ahad (4 x sbln) Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh
3. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
Kelas ini memberi tumpuan kepada aspek penguasaan topik mengikut tahun pembelajaran. Anak anda akan diberi kefahaman, dibimbing dan diberi latihan mengikut topik. Dikendalikan dalam kelas berasingan oleh guru-guru yang berpengalaman.
Subjek : BM, BI, Math dan Sc.
Hari : Ahad (4 x sbln) Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh
4. KELAS AL-QURAN
Kelas Al-Barqy merupakan kelas asas membaca al-Quran. Kelas Tajwid Al-Barqy membimbing murid membaca al-Quran secara bertajwid. Setelah boleh membaca al-Quran secara bertajwid, murid akan memasuki Kelas al-Quran. Amat sesuai untuk semua peringkat umur.
Subjek : Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran.
Subjek : Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran.
Kanak-Kanak Hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat (4 x seminggu)
Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh
Dewasa Hari : Isnin-Rabu (3 x seminggu)
Masa : 8.30-9.30 mlm
Untuk pendaftaran, sila hubungi:
FAST LEARNING ASSOCIATES
(001531440-P)
No 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai,
45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan.
(Bersebelahan bangunan BOMBA Sg Besar)
Tel/Faks : 03-32246280 Mobile : 013-2092280
Blog : http://motivasi5k.blogspot.com
Selamat Mendaftar.
Kepada semua pembaca yang ingin mendaftarkan anak untuk mengikuti Kelas Intensif Musim Cuti 2011, segeralah daftar. Ini kerana setiap kelas dihadkan kepada 15 orang murid sahaja. Kelas paling ramai yang telah mendaftar ialah Kelas Cepat Baca. Pendaftar terawal dengan bayaran penuh adalah diutamakan. Terima kasih.
Pengajaran Daripada Pekerja
Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam motivasi. Pertama sekali ana mohon maaf kerana dah lama tak kemaskini blog. Anak-anak ana di kolej dan U juga sibuk bertanya kenapa dah lama tak buat cerita baru. Sebenarnya memang banyak cerita baru ana nak kongsikan. Namun disebabkan bulan ini 3 orang pekerja ana berhenti mengejut..
Sabtu, September 03, 2011
Basikal Second
Salam Aidilfitri. Semalam ana buka kedai setengah hari. Hari ini ana sudah mula bekerja seperti biasa. Di pagi ini ana nak cerita sikit tentang kisah 3 beradik lelaki yang bernama Ali, Ahmad dan Alias (Kami Nak Senapang). Anak Pak Salleh. Nak tahu cerita terbaru mereka?
Sejak Ali rosakkan Basikal Barunya,
Jumaat, September 02, 2011
Shahida Kembalikan Cek PTPTN
Seperti yang telah dinyatakan dalam posting yang lalu, Shahida Tolak PTPTN. Namun minggu lalu, Shahida telah menerima cek bernilai RM1500 daripada PTPTN. Bukan main gembira hatinya. Tak pernah dalam hidupnya mendapat cek sebanyak itu atas namanya...
Salam Aidilfitri, Salam Merdeka!
Maaf kerana tidak membuat posting dalam beberapa hari ini. Bukanlah sibuk sangat ... tapi beri peluang kepada anak-anak guna talian. Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah kerana masih dapat bertemu di alam maya ini. Kepada semua pengunjung, ana nak ucapkan
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian. Semoga sepanjang tahun ini, kalian akan memperolehi kebaikan. Amiiin.
Salam Kemerdekaan juga ana ucapkan kepada semua. Merdekakan diri kalian daripada tipu daya dunia yang mengasyikkan. Merdekakan diri kalian daripada hutang piutang. Merdekakan diri kalian daripada hasad dengki dan mengadu domba.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Rabu, Ogos 24, 2011
Shahida Tolak PTPTN
Hati Shahida gembira sekali apabila mendapat tawaran masuk U. Tapi ada satu lagi perkara yang merunsingkan Shahida ialah nak bayar yuran kemasukan ke U dan membeli keperluannya yang menjangkau RM2000. Ayahnya pula kais pagi makan pagi....
Rabu, Ogos 10, 2011
IPTA vs IPTS
Seperti yang telah dijanjikan, motivasi5k akan memaparkan pandangan bapa Shahida tentang kejayaan anaknya masuk U. "Alhamdulillah, Pak Cik amat bersyukur kerana Shahida dapat juga belajar kat U. Memang
Ramadhan Mengajar Basir
Tidak seperti Ramadhan yang lepas-lepas, Ramadhan kali ini banyak mengajar Basir. Semuanya gara-gara Jatuh Miskin. Mana tidaknya, jika Ramadhan yang lepas-lepas awal-awal lagi Basir sudah membeli kain dan menempah baju kurung dan baju melayu anak-anak, tapi Ramadhan kali ini...
Percubaan UPSR dan PSRA
Masih ingat lagi cerita adik Keemasan. Ya, kisahnya yang Nak Masuk Sekolah Berasrama Penuh. Minggu ini Keemasan sedang menduduki perperiksaan percubaan PSRA di sekolahmya. Dua minggu lalu, Keemasan telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Motivasi5k mendoakan agar Keemasan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Lebih penting lagi mendapat 5A dalam UPSR dan mendapat Mumtaz dalam PSRA. Bersamalah kita mendoakan kejayaan Keemasan. TK.
Sabtu, Ogos 06, 2011
Merpati Putih
Subhanallah... Maha Suci Allah. Sesungguhnya tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Sesungguhnya setiap makluk yang Engkau ciptakan, sudah ditentukan rezekinya..
Khamis, Ogos 04, 2011
Tadarus Al-Quran
Fast Learning telah menganjurkan Program Tadarus sempena bulan Ramadhan ini. Program ini telah bermula pada 1 Ramadhan lalu bertempat di pejabat Fast Learning. Bermula dari jam 10.15 malam hingga 11.30 mlm. Penyertaan dibuka hanya kepada mereka yang mengikuti kelas talaqqi sahaja. Setakat ini lima terdapat lima orang peserta. Mereka ialah Ust. Kamarudin, Cikgu Mohamad, Hj Masazhar, En Yasril dan En Hashim. Tahniah kami ucapkan kepada mereka. Semoga mutu bacaan al-Quran mereka akan bertambah baik.
Nak Masuk Sekolah Berasrama Penuh
Di ruangan Mai Sembang motivasi5k, terdapat seorang pengunjung cilik. Namanya Keemasan. Hari ini motivasi5k terpanggil untuk membuat paparan tentang adik Keemasan. Sebenarnya, Keemasan baru tahun 6. Di waktu pagi...
Isnin, Ogos 01, 2011
Bersedekahlah!
Jika anda dalam kesusahan, kemurungan, kemiskinan dan kesakitan.... maka bersedekahlah! Mudah-mudahan Allah akan membantu kalian. Bukan mesti banyak, sedikit pun tidak mengapa. Berilah sumbangan di tabung masjid, pusat tahfiz, rumah anak yatim dan lain-lain badan dakwah Islamiah. 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1 pun boleh. Bersedekahlah secara istiqamah 40 hari berturut-turut tanpa putus. Jika anda tidak mampu untuk ke masjid setiap hari, buatkan tabung di rumah. Isikan setiap hari. Cukup 40 hari... masukkan dalam tabung-tabung seperti di atas. Tapi jangan lupa niat, "Ya Allah, aku bantu agamaMu Ya Allah, maka Engkau bantulah aku ... (sebutkan permohonan anda)."
Selepas 40 hari perlukah anda bersedekah lagi.. Ya! sudah tentu. Teruskanlah bersedekah kerana sedekah itu dapat membebaskan diri anda daripada kesusahan, kemurungan, kemiskinan dan kesakitan.... Hah! tak percaya! Jika tak percaya cubalah! kerana hanya orang yang sudah makan durian sahaja yang tahu betapa sedapnya durian itu..........
Maafkan Kami
Semalam bersamaan 29 Syaaban 1432 H. Dari pagi hingga petang ramai ahli keluarga datang menziarahi pusara ibu bapa dan keluarga yang telah kembali kerahmatullah. Begitu juga dengan Basri. Selepas solat Asar di masjid... Basri terus ke pusara ibunya di depan mimbar masjid, bersebelahan dengan pusara datuk dan nenek sebelah ayah. Setelah bertahlil dan berdoa, Basri segera ke pusara datuk dan nenek sebelah ibu yang jaraknya 10 km. Pusara anak Basri juga ada di situ. Setelah bertahlil dan berdoa, Basri pun balik.
Dalam perjalanan pulang, basri amat sedih kerana tak dapat menziarahi pusara isterinya yang berada di utara Semenanjung. Sedih sungguh rasanya... "Maafkan kami kerana tak dapat menziarahi pusaramu."
Khamis, Julai 28, 2011
Basir Masih Pening!
Pening Basir masih belum reda. Bukan pening biasa ... tapi pening pemikiran. Pening yang mengganggu urusan harian. Duit yang diperlukan untuk membayar bil masih belum cukup. Semalam bil TNB datang lagi. Warna merah lagi. Internet dan telefon memang dah lama kena potong. Esok...
Selasa, Julai 26, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan
Salam motivasi. Motivasi5k ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung yang dikasihi. Tidak kira di mana anda berada samada di laut, darat atau udara. Juga tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kepada para pengunjung tempatan dan luar negara. Semoga kalian sentiasa beroleh keberkatan daripada Ilahi. Amiiin.
Khamis, Julai 21, 2011
Pening Pening Pening!
Hari ini Basir pening lagi. Begitulah apabila menjelang tarikh puaka 20hb setiap bulan. Masa inilah macam-macam 'harimau' datang. Masa inilah 'kaki potong' datang...
Isnin, Julai 18, 2011
Shahida Terima Tawaran Masuk U
Ketika ana dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat minggu lalu, ana terima panggilan daripada Shahida
Selasa, Julai 12, 2011
Shahida Masih Di Kampung
Beberapa hari yang lalu, sempat juga ana bertanya kepada Shahida (Nak Masuk U), "Shahida tak menyesal ke tak pergi kerja di bandar? Kan gaji di sana banyak?".
Isnin, Julai 11, 2011
Ani ke Kolej
Semalam ana sempat bertemu dengan Ani (Straight A's). Memang dah lama ana tak jumpa dengan Ani. Pada kesempatan yang ada, sempat juga kami bersembang. Ani sekarang masuk form 6 di KISAS Klang. Walaupun agak kecewa kerana tak dapat masuk mana-mana U dan pusat pengajian tinggi yang lain. Paling mengecewakan Ani ialah
Ahad, Julai 10, 2011
Bisnes Toyol
Telah beberapa kali ana mendengar cerita darpada seorang guru yang hilang duit kerana dicuri oleh toyol. Pagi tadi, ketika ana buka pejabat untuk kelas tuisyen, cikgu itu cerita lagi. "Betul. Sudah puas akau berubat dan buang toyol tu.. tapi dia tetap datang juga. Bukan saya seorang saja yang hilang duit, jiran kiri kanan dan belakang rumah pun hilang duit juga. Teruk betullah!" bebel cikgu tersebut.
Cikgu tu terus membebel lagi. Dia kata kalau tuan toyol tu beli toyol RM1000... maka dia dapat RM1000 juga semalaman. Memang Lumayan. Kalau beli toyol yang RM500... maka dia dapat RM500 juga semalaman. Begitulah seterusnya. Katanya lagi, di Sg Besar ni ada stokis toyol. Jadi sesiapa yang nak bisnes toyol, bolehlah dapatkan stok toyol di stokis tersebut. Katanya lagi, stok toyol disimpan dalam peti kedap udara supaya toyol itu tidak dapat mendengar azan ketika azan dilaungkan! Sejauhmana kebenarannya... hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi ana ada juga mengesyorkan supaya cikgu itu mengambil rawatan pinggan putih Produk Annusyrah.
Sabtu, Julai 09, 2011
Selamat Bersukan Anak-Anakku
Hari ini 5 orang anak ana terlibat dengan sukan sekolah. Pagi-pagi lagi Safura, Muhammad, Musa, Isa dan Asmaa bangun. Begitu bersemangat sekali mereka memakai baju sukan sekolah yang baru. Mala tadi ana sudah belikan 2 buku roti untuk sarapan. namun pagi tadi, selepas solat subuh di masjid ana terus beli 3 bungkus bihon goreng untuk sarapan mereka. "Hah.. siapa nak kuat lari kenalah makan dulu." kata ana. Apa lagi, mereka pun makanlah.... licinnn. Kemudian ana bekalkan air limau nipis sebagai penghilang dahaga. Tiba di sekolah, masing-masing minta RM4 seorang. "Hai.. biasa RM1 je. Kenapa nak lebih?" tanya ana. Si Muhammmad dan Musa pun jawab, "Satu hari ni... mana cukup!". Ana pun bagilah juga sebab tak sampai hati pula rasanya. Selamat Bersukan Anak-Anakku. Semoga berjaya!
Khamis, Julai 07, 2011
Jatuh Miskin!
Pada catatan kali ini, motivasi5k telah terpanggil untuk menceritakan tentang perit maung seorang usahawan yang berjuang untuk bangkit daripada kejatuhan dalam perniagaan. Seperti biasa, kisah-kisah benar sebegini bukan senang untuk diperolehi. Basir (bukan nama sebenar) pula bukanlah seorang suka menceritakan hal peribadinya. Tambahan pula
Ahad, Julai 03, 2011
Kisah Ani dan Shahida
Ingat lagi kisah Ani (Staright A's) dan kisah Shahida (Nak Masuk 'U')? Memang lama benar kita tidak mendengar berita mereka. Motivasi5k sedang berusaha untuk memaparkan kisah terkini mereka untuk dijadikan teladan dan dorongan kepada para pelajar. Terima kasih kepada semua kerana sudi mengikuti perkembangan cerita mereka. Tk.
Isnin, Jun 27, 2011
Demi Anak
Seperti yang dijanjikan, catatan kali ini adalah sambungan kisah Basri, seorang bapa tunggal. Sebagai kesinambungan kisahnya dalam catatan Kucupan Terakhir, Bertemu Guru, Panggilan Anak dan mencari Mama. Sebenarnya, bukan mudah untuk mengorek kisah silam ini...
Ketika di bandar, Basri tinggal berseorangan. Kehidupannya semakin perit..
Ahad, Jun 26, 2011
Guru Yang Zalim
Kali ini ana hendah sentuh sedikit tentang tajuk Guru Yang Zalim. Memang agak keterlaluan apabila ana bincangkan tajuk ini. Tapi ini adalah pandangan peribadi dan tidak berniat menyentuh hati mana-mana guru.
Rabu, Jun 22, 2011
Ke mana Kau Basri?
Ingat lagi kisah Basri? Kisah Kucupan Terakhir.. Sebenarnya bukan senang nak dapatkan cerita Basri ni. Tapi alhamdulillah, setelah sekian lama Basri menghilang, kisahnya akan muncul dalam post ana yang akan datang! Doakan semoga kisah ini akan menjadi iktibar kepada para suami dan isteri.
Orang Berduit Tak Perlu Bersenam
Selepas bersenam pagi semalam, ana terus ke Pasar Awam Sg Besar. Nak beli ikan dan sayur. Ketika keluar drp pintu pasar, tiba-tiba
Selasa, Jun 14, 2011
Anak Luar Nikah
Ketika catatan ini dibuat, fikiran ana masih memikirkan tentang cabaran ibubapa masakini mendidik anak-anak. Memang mencabar! Tak seperti zaman ana kanak-kanak dulu... anak-anak amat mentaati ibubapa, merghormati orang tua, dan berbuat baik sesama manusia. Tapi kini...
Selasa, Jun 07, 2011
Berusahalah Untuk Sihat
Semalam, ana bersama 2anak perempuan balik kampung untuk ziarah bapa saudara yang sakit. Beliau merupakan sepupu emak ana. Memang ana kenalnya sejak kecil. Yelah...kami tinggal sekampung. Umur kami pun tak banyak beza... Ini adalah kali ketiga ana ziarah paman. Ana ziarah ni pun kerana nak pujuk paman untuk membuat rawatan rukyah petang semalam.
Sampai saja di rumah paman, ana terus beri salam dan tunggu sebentar. Tak lama kemudian ana terdengar bibik panggil ana masuk rumah. Kami pun masuk dan duduk. Tak lama kemudia paman pun keluar dan duduk sebelah ana.. Terkejut melihat keadaannya yang semakin cengkung, pucat dan lesu. Ziarah ana kali kedua, paman tak boleh tinggal di rumahnya... tapi selepas rawatan kampung, paman tak boleh tinggalkan rumah! Sedih sungguh ana melihatnya. Dah puas ana pujuk paman supaya dapatkan rawatan rukyah tapi paman tetap enggan keluar rumah...
Ana pun tak tahu apa jenis penyakitnya...tapi ana tetap berdoa semoga paman cepat sembut...
Rabu, Jun 01, 2011
Main Game di CC
Ketika catatan ini dibuat, ana berada di salah sebuah CC di Sg Besar bersama 3 orang anak. Bukan ana nak sangat masuk CC ni.. tapi sebab desakan 2 anak lelaki ana berumur 10 tahun tu, maka ana pun masuklah. Lebik 20 orang kanak-kanak bawah 12 tahun sibuk main game di CC ni. Anak ana pun sama juga. Bukan apa.. sekurang-kurangnya ana tahu CC mana yang menjadi pilihan mereka... bolehlah ana pantau selalu...
Bersenam Bersama Anak
Alhamdulillah... pagi Isnin dan pagi tadi ana dapat semula memulakan senaman pagi. Pagi Isnin berseorangan... tapi pagi tadi bersama 5 orang anak kecil.. Dapat juga melakukan berjalan biasa dan berjalan cepat 7 pusingan, ternasuk 3 pusingan mendukung anak kecil... Seronok juga dapat bersenam bersama anak.
Memang kita selalu sibuk. Mencari harta siang dan malam bagi memberi yang terbaik untuk anak-anak...tetapi mengapa ada sebahagian daripada kita yang mencari rezeki sehingga tak sempat bermesra dengan anak... pergi kerja ketika anak masih belum bangun tidur, pulang kerja ketika anak sudah tidur. Fikir fikirkanlah!
Sabtu, Mei 21, 2011
Dah 3 Minggu Tak Bersenam
Hai.... dah 3 minggu ana tak bersenam. Badan pun dah mula rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh dan malas. Rasa macam nak tidur je. Batuk pun dah hampir sebulan. Belum pulih sepenuhnya. Sampai satu ketika, belakang ana menjadi terlalu sakit. nak bangun pun tak boleh. Terpaksa dibantu oleh anak-anak. Ada rakan kata ana dah terkena...
Khamis, Mei 19, 2011
KELAS INTENSIF MEMBACA MUSIM CUTI MEI-JUN 2011
Dari 30/5-10/6/2011 (2 minggu/10 hari). Hari Isnin-Jumaat.
Kelas mula jam 8.30 pg. Daftar akhir pada Isnin, 30/5/2011.
Adakah anak anda tidak tahu membaca atau lambat membaca? Jangan biarkan masalah ini berterusan. Hantar segera ke Kelas INTENSIF MEMBACA Musim Cuti 2011. Tingkatkan kemahiran membaca mereka. Membaca itu jambatan ilmu. Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja.
Subjek yang ditawarkan BM, BI, JAWI dan AL-BARQY
Daftar melalui SMS:
Taip NAMAUMUR KELAS PILIHAN dan hantar ke 013-2092280.
Kelas mula jam 8.30 pg. Daftar akhir pada Isnin, 30/5/2011.
Adakah anak anda tidak tahu membaca atau lambat membaca? Jangan biarkan masalah ini berterusan. Hantar segera ke Kelas INTENSIF MEMBACA Musim Cuti 2011. Tingkatkan kemahiran membaca mereka. Membaca itu jambatan ilmu. Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja.
Subjek yang ditawarkan BM, BI, JAWI dan AL-BARQY
Daftar melalui SMS:
Taip NAMA
Tidak Diterima Bumi
Beberapa minggu yang lalu, seorang ustaz bertanya kepada ana, "Anta masih buat blog lagi?" . Ana pun jawab, "Ya.. masih lagi. Cerita terbaru ialah tentang Tidak Memperdulikan Halal dan Haram." Kemudian ustaz tersebut pun berkata, "Ana nak minta anta tuliskan tentang cerita ni.. mudah-mudahan ianya akan menjadi teladan kepada yang membacanya." Begini kisahnya...
Kelahiran Anak Baru
Pada hari Selasa yang lalu, ana sambut orang baru. Anak lelaki. Anak yang ke 11. Doakan semoga anak tersebut menjadi anak yang soleh... amiiin.
Ohhhhh .... KISAS
Maaf kerana dah agak lama ana tak buat catatan. Bukanlah sibuk sangat... tapi ada masalah internet kat ofis. Ini pun ana buat catatan dari CC shj. Minggu lepas. ana hantar anak kedua ana masuk form 6 di KISAS Klang. 30 tahun dulu, ana pernah juga memohon untuk masuk KISAS ni... tapi tak ada rezeki masa tu... Memang ana kagum dengan pelajar-pelajar yang keluar drp KISAS. Bukan sahaja tinggi pengetahuan agama, malah turut mahir pula dalam Bahasa Arab.
Setelah lebih 30 tahun, dapat juga ana menjejakkan kaki ke KISAS. Cuma yang bezanya ialah anak ana yang belajar di sana. Itulah takdir... itulah rezeki... jika bukan diri kita yang dapat, anak cucu kita pula yang dapat. Selamat belajar anakku. Engkaulah penyambung cita-cita ayah...
Jumaat, Mei 06, 2011
Tidak Memperdulikan Halal dan Haram
Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah ramainya manusia yang berebut mencari harta bagi memenuhi keperluan hidupnya Tanpa Memperdulikan Halal dan Haram. Yang penting asal dapat. Ini kerana semakin kita nak maju maka semakin banyaklah pula keperluan yang perlu kita penuhi...
Masuk Wad
Pagi tadi ana dapat panggilan daripada kawan lama ketika di kampus dulu, Azizol. Dia kata dia masuk wad DMC. Dah seminggu demam. Bersamalah kita berdoa agar beliau segera sembuh. Amiiin.
Khamis, Mei 05, 2011
Teringatkan Kawan Lama
Entah kenapa tiba-tiba saja ana Teringatkan Kawan-Kawan Lama. Kawan-kawan ketika di ITM Shah Alam pada tahun 1980an. Ohh.. rindu sungguh rasanya dengan suasana kampus ketika itu. Analah cucu pertama datuk dan nenek yang menjejakkan kaki ke ITM. Pada masa tu...
3 Kilo Ikan Mambung 2 Kilo Kerang
Selepas bersenam di stadium pagi tadi, ana terus ke pasar awam Sg Besar. Sampai aje di pasar, Hj Tapa terus memberi salam. Ana pun jawab sambil bertanya khabar. Hj Tapa ialah salah seorang peniaga ikan di pasar. Yang istimewanya ialah
Rabu, Mei 04, 2011
Jangan Mudah Berkongsi!
Sebut saja berkongsi sudah pasti ramai yang tak mahu. Terutama jika seorang isteri ingin berkongsi suami dengan madunya...
Isnin, Mei 02, 2011
SMS Luar Jangka
Beberapa minggu yang lalu ketika ana sedang mengajar kelas al-Quran dewasa, ana dikejutkan dengan SMS rakan lama ana, Hj Fuad. "Salam. Blog ana http;//totalmanpowersolution.blogspot.com. Maklumat JPI, syarikat dll. TQ" Ana pun segara membalasnya, "TK ana sedang mengajar." Hj Fuad balas lagi, "Ana dah masuk blog anta. Tahniah.." Ana pun jawab, "TK."
Itulah Hj Fuad, rakan sekampus tahun 1980an. Walaupun kami berlainan kursua, tapi kami dalam satu jemaah Persatuan Persuratan Islam. Walaupun dah lebih 20 tahun, tapi kami masih lagi berhubung..
Jumaat, April 29, 2011
Perniagaan Tak Boleh Diwarisi
Ketika catatan ini dibuat, hujan masih turun. Pagi tadi bukan main lebatnya hujan. Hantar anak pun dalam hujan. Seperti biasa, bila hari hujan ana pagi-pagi lagi akan dapat mesej 'Sy lmbt ckit ujn lbt'. Itulah mesej drp staf ana setiap kali hujan turun...
Khamis, April 28, 2011
GDEX Agent Workshop 2011
Pada hari Selasa yang lalu, ana telah menghadiri Gdex Workshop 2011 pada 26-28 April. Workshop 3 hari itu diadakan di Gdex HQ, PJ. dan Genting Highland. Turut hadir ialah agen-agen dari seluruh negara, pengurus kawasan, pengurus bahagian dan para pengarah syarikat. 'Welcome Address' disampaikan oleh CEO syarikat iaitu Mr Leong Chee Tong. Seminar dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Inilah pertama kali ana hadir ke pejabat Gdex sejak 4 tahun menjalankan perniagaan ini. Ini juga merupakan kali pertama ana hadir ke Workshop yang dihadiri oleh seluruh peringkat pengurusan milik bukan Melayu...
Mati Sebelum Ajal
Setelah selesai hantar anak ke sekolah pagi tadi, sekitar jam 7.30 pg, ana terus tertidur. Memang terasa letih sungguh berulang alik ke PJ selama 2 hari kerana hadir Workshop. Memang ana dah keletihan sejak minggu lalu. Dengan batuk dan rasa nak demam,
Isnin, April 25, 2011
Istiqamah Dalam Beramal
Hai... dah 10 hari ana tak bersenam. Satu pertiga bulan tu. Yelah.. sejak minggu lepas lagi. Memang berat juga nak mulakan balik bersenam ni...
Jumaat, April 22, 2011
Lambaian Hafizah
Selepas solat subuh di masjid, ana bersama 4 orang anak terus ke Kuala Kubu Bharu. Dua anak perempuan ana ada temuduga di Darul Quran, JAKIM. Dua orang anak lelaki lagi ana bawa bersama sebagai galakan kepada mereka untuk belajar al-Quran. Kami lalu jalan Sg Panjang-Tg Malim-K.Kubu Bharu. Perjalanan agak lancar, hanya sesat sikit di Tg Malim. Kami sampai jam 8.00 pg. Kami terus ke
Khamis, April 21, 2011
Hospital 1 Malaysia
Pagi semalam, ana hantar isteri ke hospital. Buat pemeriksaan lanjutan kehamilan. Ana tiba di hospital jam 8.50 pagi. Sementara menunggu isteri, ana pun pergilah ke bahagia pesakit luar. Kebetulan ana pun batuk dan kurang sihat.Dalam ana menung-menung tu, banyaklah yang ana fikirkan. Yelah dah lama benar ana tak ke hospital. Ana ingat-ingat dah lebih 3 tahun.
Jadi banyaklah perubahan ana tengok. Ada tandas baru, ruang menunggu berhawa dingin dan lebih selesa. Ramai pesakit daripada berbilang bangsa. Melayu, Cina dan India... macam Hospital 1 Malaysia pulak. Yang bertugas pun sama. Ada Melayu, ada Cina dan ada India. Kemesraan berbagai kaum ini menjadikan negara kita aman dan makmur. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sedang bergolak, maka buruntunglah rakyat Malaysia. ...
Rabu, April 20, 2011
Roti Kacang Merah
Malam tadi hujan hingga ke subuh. Selepas solat subuh, ana segera nak beli kuih di warung Hj S di masjid, tapi kuih belum sampai. Mungkin lewat sikit kerana hujan. Ana pun terus ke kedai sebaneka 24 jam untuk beli 2 peket Roti Kacang Merah dan sebuku roti gandum. Tiba di rumah ana terus potong 2 setiap ketul. Maka dapatlah 12 potong. Paling gembira ialah anak ana yang ke 7, Asmaa' namanya. Berketul-ketul dia makan Roti Kacang Merah cicah air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Bukan si Asmaa' je, Safura, Muhammad, Musa, 'Isa, Sumaiyyah dan Safiyyah pun turut makan Roti Kacang Merah. Kecoh juga.... macam kat kedai kopi pulak... Jam 7.15 pg ana pun hantar mereka ke sekolah.
Balik dari sekolah ana terus jolok sinki yang tersumbat. Jenuh juga. Dulu ana pernah upah orang buatkan tapi kena bayar RM180. Terasa juga ana.. mahal la... sayang juga duit. Lepasla duit api dan air sebulan. Mulai hari tu,ana buat sendiri je. 30 minit siap lah. Lepas tu ana bersihkan diri dan sarapan Roti Kacang Merah. Orang rumah pula sedang bersiap-siap untuk ke hospital.
Selasa, April 19, 2011
Bersedialah Untuk Temuduga
Hari ini (Isnin) ana bangun awal. Kejutkan anak-anak sebelum waktu subuh. Ana pula terus ke masjid. Seperti biasa selepas solat, ana beli sarapan. Tiba di rumah, terus bancuh air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Jam 6.40 pg, ana hantar mereka ke sekolah. Selalunya jam 7.15 baru ke sekolah. Kemudian ana terus ke Bandar baru Bangi bersama anak kedua. Dia ada temuduga maktab. Di pertengahan jalan, hujan sangat lebat. Ana risau takut tak sempat. Ana pandu selaju mungkin..
Ahad, April 17, 2011
Ikan Kembong Goreng
Hari makan tengahari menu mudah. Memang dah lama ana tak bantu isteri memasak. Menu hari ini ialah ikan kembong goreng, sayur kangkung, cili padi berkicap dan nasi putih. Alhamdulillah... amat sedap dimakan terutama ketika masih panas. Kosnya juga amat murah. Cubalah!
Sabtu, April 16, 2011
Doa Motivasi5k
Masih ingat kisah Shahida dan Ani? Kisah mereka yang dipaparkan dalam catatan Nak Masuk 'U' dan Straight A's. Motivasi5k mendapat tahu bahawa Shahida telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Shahida juga akan menghadiri temuduga program Diploma Tahfiz di Darul Quran JAKIM minggu ini. Bersamalah kita berdoa semoga Shahida berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dipilih.
Kepada Ani pula, Motivasi5k mendapat tahu yang Ani akan menghadiri temuduga maktab perguruan dan Darul Quran. Ani juga memohon untuk program asasi di universiti tempatan. Bersamalah kita berdoa semoga Ani juga berjaya memasuki ke pusat pengajian yang terbaik.
Namun daripada temubual ana dengan mereka, mereka amat berharap untuk memasuki bidang tahfiz di Darul Quran. Itulah harapan ibu bapa mereka dan seluruh ahli keluarga mereka. Kini mereka sibuk membuat latihan menghafal satu mukasurat sejam.. Mudah-mudahan mereka menjadi hafizah. Amiin.
Ana Balik Dulu
Hai... dah jam 12.11 pagi rupanya. Selepas kelas talaqqi tadi, sempat juga ana bersembang dengan ust tentang perubatan Islam. Lepas tu turun ke pejabat, buka forum Kiswah dan buat catatan. Mengantuk pulak rasanya. Ana Balik Dulu!
Selamat Berjuang Guruku!
Ketika catatan ini dibuat, ana baru habis ikuti kelas talaqqi di tempat ana. Kedatangan malam ni ada 10 orang. Alhamdulillah. Bagi ana, kesalahan yang masih sering ana lakukan ialah tentang ra nipis dan ra tebal. Ada juga rakan-rakan yang ditegur tentang huruf sin dan shad. Cuma ana risau jika guru ana akan sambung belajar lagi ke luar negara... sedih juga. tapi demi masa depan guru, demi masa depan pengajian al-Quran, maka ana redha. Selamat Berjuang Guruku!
Khamis, April 14, 2011
1 Uncang Teh, 18 Sudu Gula
1 Uncang Teh, 18 Sudu Gula. Wooooh! banyaknya. Tak kena kencing manis ke? Itulah amalan harian ana setiap pagi. Betul! Ini bukan 'cobaan'. Ini betul-betul!
Perut Paras Dada
Mermang ramai rakan-rakan yang bertanya ana, bagaimana nak maintain berat badan? Bagaimana nak kuruskan badan? dan bagaimana nak kekalkan saiz bentuk badan? Hari ni ana nak kongsi sikit. Bukannya fatwa dan bukannya petua. Hanya amalan biasa...
Ahad, April 10, 2011
Menerima Sebelum Memberi
Ketika sedang mendengar kuliah Maghrib di masjid semalam, ana dikejutkan dengan teguran M..
Jumaat, April 08, 2011
Masak Jam 4 Pagi
Pagi tadi, selepas solt subuh di masjid ana terus ke gerai makan di masjid. Nak beli sarapan untuk seisi keluarga. Bihun goreng 3 bungkus dan popia goreng bercili 6 ketul. Ketika Pak haji S menceduk bihun yang ana pesan, ana pun sempat bertanya,
Seminar Rahsia Mumtaz
Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SRA Sg Limau kerana menjemput ana memberi seminar Rahsia Mumtaz. Terima kasih juga ana ucapkan kepada PIBG sekolah kerana membiayai seminar tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru yang turut membantu menjayakan seminar tersebut yang dihadiri lebih drp 50 murid.
Rabu, April 06, 2011
Ujian Prestasi
Terkejut peserta-peserta kelas Tahsin Al-Qiraat yang diadakan di tempat ana malam ni. Ada pula ujian bulanan.
Selasa, April 05, 2011
Rezeki Jalanan
Pagi tadi, selepas ana menghantar 5 orang anak ke sekolah, ana terus ke masjid. Ketika sampai di lampu isyarat Parit Satu Barat, ana pun berhenti kerana lampu merah. Tiba-tiba...
Ahad, April 03, 2011
Apa Khabar?
Salam sejahtera. Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Hari minggu ni tak ke mana-mana ke? Mungkin ada di kalangan anda yang sibuk mengemas rumah atau makan angin bersama keluarga atau mungkin sedang berkursus. Kepada anda yang sedang bertugas, bertugaslah dengan penuh ikhlas. Mudah-mudahan hasil kerja anda itu akan dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada orang lain. Jumpa lagi..
Sabtu, April 02, 2011
Belajar Menjahit
Dah seminggu Shahida (Nak Masuk 'U') belajar menjahit. Memang dah lama hasratnya itu dipendamkan,
Mana Elaun Kami?
Petang tadi, setibanya ana di masjid untuk solat asar, ana lihat ramai orang di masjid. Tidak seperti biasa. Ingatkan ada majlis akad nikah. Bila ana masuk ke masjid,
Ramainya Anak...
Memang memeningkan kepala bagi ibubapa yang mempunyai anak yang ramai. Bukan 3 orang, bukan 4 orang tetapi lebih drp 7 orang. Malah ada yang melebihi 10 orang..
Khamis, Mac 31, 2011
Terima kasih TM
Ana nak ucapkan jutaan terima kasih kpd TM (100) krn membantu ana menyelesaikan masalah ' internet connection'. Dah berbulan2 tak boleh guna WiFi. Dah pergi TM Sabak Bernam, tapi tak selesai juga. Alhamdulillah setelah dail 100 dan disambungkan ke bhg teknikal, dibimbing secara online, maka sekarang ana dah boleh gunakan WiFi. Terima kasih kpd staf bertugas krn membimbing tanpa jemu. Terima kasih!
Rabu, Mac 30, 2011
Musafir Tanpa Solat Qasar dan Jamak
Selepas solat subuh di masjid, ana terus beli sarapan dan balik. Tiba di rumah, anak-anak sedang bersiap untuk ke sekolah. Seperti biasa, pagi tadi ana hidangkan mereka dengan
Selasa, Mac 29, 2011
Bersenam, Bersembang dan Berfikir
Jarang sekali ana bersenam sambil bersembang. Ini kerana ana lebih selesa bersenam seorang diri kerana mempunyai lebih masa untuk 'bercakap dengan diri sendiri'. itulah yang biasa ana lakukan. Tapi...
Isnin, Mac 28, 2011
Tahniah Untuk Ani.
Motivasi5k nak ucapkan tahniah kpd Ani (Straight A's) krn mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010 yang lalu. Alhamdulillah Ani telah mendapat 3A 1B bagi semua subjek teras dan 3A bagi semua subjek elektif serta lulus dalam semua subjek sains. Tahniah kerana bersedia untuk berubah...
Selamat Pulang Ani!
Motivasi5k nak ucapkan selamat pulang ke pangkuan keluarga kpd Ani (Straight A's) setelah tamat menjalani PLKN di Lumut, Perak. Semoga ilmu yg diperolehi dapat dimanafaatkan demi agama, bangsa dan negara. Jika Ani ada masa, bolehlah..
Selasa, Mac 22, 2011
Perkahwinan Muammar Ghadafi
Ketika Libya diserang tentera pimpinan Amerika, Muammar Ghadafi mengambil cuti untuk berkahwin. Bukan rekaan tapi inilah kisah benar....
Khamis, Mac 17, 2011
Cuti Lagi!..
Cuti macam-macam cuti. Bagi kanak-kanak, cuti sekolah amat menyeronokkan. Bermain puas-puas. Tak payah buat homework. Tak payah nak pergi ke sekolah pagi dan petang. Tapi ingat..... solat tak boleh cuti tau.. kecuali kpd orang perempuan shj....
Terapi Ruqyah Syariyyah
Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu telah diadakan Seminar Perubatan Islam dan Klinik Rawatan Kiswah. Tujan utama program diadakan ialah untuk membantu masyarakat menangani gangguan makhluk halus
Jumaat, Mac 11, 2011
Terapi Azan
Biasanya azan dilaungkan ketika masuk waktu solat lima waktu. Tetapi tahukah kita bahawa azan itu adalah satu formula kehidupan. Azan juga merupakan satu terapi...
Selasa, Mac 08, 2011
Sindrom Terpinggir
"Jauhi penyakit Sindrom Terpinggir kerana ia akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit..." .
Ketepikan Fahaman Politik
Pada hari Sabtu yang lalu, ana telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRA Sg Limau. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Hj Mohd Fadzlinbin Taslimin, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Panjang.Turut hadir ialah Nazir masjid, Tok Sidang Kerajaan Negeri dan Tok Sidang Kerajaan Pusat. Syabas ana nak ucapkan kepada mereka kerana turut hadir tanpa mengira fahaman politik. Ini patut dicontohi oleh lain-lain sekolah. Bersamalah kita membantu murid-murid tanpa mengira apa pun fahaman politik emak bapak mereka! Ini kerana mereka perlu dibimbing, mereka perlu dididik secara adil dan saksama.
Sabtu, Mac 05, 2011
Ulang Tahun Bersenam
Bulan ini genaplah 3 tahun ana bersenam. Ya... pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah 3 tahun ana bersenam di waktu pagi. Alhamdulillah, masih dapat mengekalkan rutin tersebut. Untuk mengekalkan tabiat baik, memang banyak halangannya...
Buat Air Zam-Zam
Minggu lalu, Sg Besar digemparkan dengan Road Show 'rawatan Islam' oleh seorang pengamal dari utara. Memang hebat..
Ahad, Februari 27, 2011
Kemalangan 7 Kereta
Dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin di kampung tengahari tadi, ana terserempak dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan 7 buah kereta. Kejadian berlaku di kampung Sg Limau. Ana lihat berbagai jenis kenderaan dan berbagai bangsa yang terlibat. Pemandu paling belakang menjadi sasaran.... yang di tengah paling teruk.... yang paling depan paling ringan kerosakannya... Adakah kerana pandu terlalu laju atau kerana terlalau perlahan. Salah Siapa?
Jumaat, Februari 25, 2011
Tahniah Untuk Asmad
Masih ingat lagi kisah Asmad? (Hinakah Saya?). Kisah seorang penyapu sampah di pasar. Ya... pagi tadi ana ke pasar. Nak beli santan dan bawang besar. Sampai saja di tempat parking, Asmad terus menegur dan bertanya khabar. Masih seperti dulu. Peramah dan baik hati. Lebih yakin dan tidak ada rasa terhina. Tahniah Asmad kerana berjaya meyakinkan diri bahawa kerja sebagai tukang sapu sampah juga adalah satu kerja yang mulia dan halal....
Khamis, Februari 24, 2011
Selamat Hari Lahir ke-12
Motivasi5k ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-12 kepada adik Keemasan. Semoga panjang usia, sihat walafiat. Semoga dapat belajar dengan lebih tekun sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA tahun ini. Semoga menjadi anak yang solehah. Semoga menjadi seorang kakak yang kasihkan adik-adik. Semoga sentiasa biberkati Allah. Jumpa lagi...
Rabu, Februari 23, 2011
Tahniah Untuk Shahida
Adik Shahida bersama rakan-rakan yang lain setelah mendapat slip keputusan |
Ahad, Februari 20, 2011
Ani ke PLKN
Ani (Straigh A's) kini berada di PLKN Teluk Rubiah, Lumut. Memang pada mulanya Ani keberatan nak pergi... tapi dah terpaksa, apa nak buat. Mula-mula memang tak seronok, tapi sekarang Ani dah mula dapat sesuaikan diri. Insya-Allah ana akan ceritakan lagi kisah Ani selepas ini. Jumpa lagi...
Debaran Shahida
Ingat lagi dengan Shahida (Nak Masuk 'U'). Hari ni Shahida memang berdebar-debar. Maklumlah.. Esok dia nak ambil keputusan STPM. Buat masa ni, Shahida bekerja dengan ayahnya, membantu mengajar al-Quran mulai Januari 2011. Sepanjang bekerja, Shahida sudah dua kali dihantar berkursus oleh ayahnya, Kursus Asas Talaqqi dan Kursus Al-Barqy. Paling mengembirakannya ialah apabila hadir ke Kursus Al-Barqy yang diadakan di UIAM, Gombak. Sempat juga mengambil foto depan Kuliyyah Bahasa Arab. Kepada Shahida, ana ucapkan Selamat Berjaya. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga dapat Masuk 'U'.
Jumaat, Februari 18, 2011
Kem Latihan Motivasi5k
Insya-Allah motivasi5k akan membina Kem Latihan dan Pusat Pengajian Al-Quran tidak lama lagi. Rumah Pusaka akan dibaik pulih. Kem Latihan berkonsepkan kampung ini dijangka akan dapat memuatkan sehingga 100 orang. Dilengkapi dengan dewan seminar, bilik penginapan, dewan makan, surau dan tapak perkhemahan. Fasa 1 akan melibatkan kerja ubahsuai untuk kapasiti 40 orang dan dijangka siap Jun ini. Projek dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2011. Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan sila hubungi ana di talian 013-2092280. Tk
Halalkah Gaji Anda?
Halalkah Gaji Anda? Itulah persoalannya. Ramai orang makan gaji tapi tak senang-senang.Mengapa ya? Di sini ana nak sembang-sembang mengapa orang makan gaji tak senang-senang. ..
Isnin, Februari 14, 2011
Diburu Masa
Jam 4.30 pagi Jumaat yang lalu ana dikejutkan dengan satau panggilan drp emak. "Abu... ni, Mak nak bagi tahu, Pak Su Juremi di Puchong dah meninggal. Kau nak pergi ke?
Ahad, Februari 06, 2011
Mandi Laut
Pagi semalam, ana memang kalut sikit. Selepas solat subuh di masjid, ana terus beli nasi lemak Pak Shakir yang membuka warung dalam kawasan masjid. Tiba di rumah, ana terus kejutkan anak-anak untuk solat subuh. Bukan main liatnya mereka...
Khamis, Februari 03, 2011
Mana Siak Kubur?
Selepas menghantar anak ke sekolah pada hari Jumaat yang lalu, ana terus ke kubur datu dan nenek. Dah lama juga ana tak ke sana. Ana tiba pada jam 7.30 pagi. Ana cuba masuk ke kawasan kubur itu. Tapi hanya setakat kolah air yang bertar sahaja. Pusara datuk dan nenek agak dihujung. Ana tengok tanah perkuburan itu dah menjadi macam belukar. Dipenuhi dengan semak samun. Ditambah pula dengan becak. Tak berani ana nak masuk. Jadi ana pun bertahlil di tepi kolah sahaja.... Kenapa kubur jadi semak ye? Mana Siak Kubur? Mana perginya JKK? Mana perginya JKKP?
Selasa, Februari 01, 2011
Lintasan Lembaga Manusia
Petang semalam ana didatangi seorang warga emas. Lewat 60an. Ana kenal dia sejak di kampung lagi. Lebih 15 tahun yang lalu. Memang ana pelanggan tetapnya. Setiap hari Khamis, pasti ana akan beli pecal jawa dan karipap pusing yang dijual di Pekan Sehari. Tapi sekarang ni mereka cuti berniaga kerana nak buat kenduri kahwin anak. Tambahan pula isterinya sering sakit-sakit. Dah merata klinik dia pergi tapi
Bebaskan Kami!
Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada A.F. Ust Mohd Nazeri dan rakan-rakan yang datang ke tempat ana malam Jumaat yg lalu. Terima kasih juga kepada A.F. Ust Hayat kerana memberi kata aluan secara langsung dalam majlis tersebut melalui loudspeaker h.p. Sungguh di luar jangkaan. Lebih 80 orang telah hadir. Walaupun team kami belum bersedia untuk membuat rawatan, tetapi masyarakat amat memerlukannya. Maklumbalas yang ana terima amat mengejutkan. Majoriti drp mereka berkata bahawa rawatan secara bulanan perlu diadakan. Seolah-olah mereka merayu 'bebaskan kami dari kesyirikan!' Ya Allah! Bantulah kami. Persoalannya.... kami belum bersedia untuk merawat. Padahal masyarakat memang cukup bersedia untuk dirawat! Apa pandangan ustaz dalam perkara ini? Apakah perancangan Kiswah bagi membantu masyarakat di Sg Besar supaya bebas drp 'kesyirikan' dalam perubatan?
*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
Diajar 'Wali Allah'
Pagi semalam ana dikejutkan dengan ajakan rakan ana untuk bersarapan. Terkejut kerana moodnya yang luar biasa baiknya. Dia adalah salah seorang yang hadir dalam majlis malam jumaat yang lalu. "Abang Abu...jom minum" kata ringkas. Sebenarnya pada masa itu ana sedang menulis post baru dalam blog ana... dan bercadang nak join forum Kiswah. Ana pun tinggalkan komputer dan pergilah sarapan. Bukan ana je yang dia belanja, tapi 2 orang staf ana juga dia belanja.
Rakan ana menceritakan bahawa malam tadi dia mengubat seorang anak dara yang kena histeria. Bukan itu saja, dia juga sering dijemput oleh pihak sekolah menjadi 'jaga' dalam rombongan perkhemahan murid.Terkejut ana! Bila dia belajar ilmu perubatan Islam? Dah berjam-jam bercerita, akhirnya ana pun tanya drp mana dia belajar? Dia pun jawab dia bahawa dia belajar dari mimpi. Diajar oleh satu lembaga putih tetapi wajahnya tak jelas kelihatan. Katanya lagi... lembaga tu wali Allah! dalam keturunan mereka, hanya dia dan seorang sepupunya yang dapat mimpi ini. Neneknya dulu memang pandai berubat. Mulai dari saat itu, pandailah dia berubat.. Persoalannya.. Siapakah lembaga itu? Bolehkah dia mengamalkan ayat-ayat syifa yang diberi melalui mimpi? Jika amalan tersebut menyeleweng, bagaimanakah ana nak membantu beliau supaya bebas drp amalan tersebut?
*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
Rakan ana menceritakan bahawa malam tadi dia mengubat seorang anak dara yang kena histeria. Bukan itu saja, dia juga sering dijemput oleh pihak sekolah menjadi 'jaga' dalam rombongan perkhemahan murid.Terkejut ana! Bila dia belajar ilmu perubatan Islam? Dah berjam-jam bercerita, akhirnya ana pun tanya drp mana dia belajar? Dia pun jawab dia bahawa dia belajar dari mimpi. Diajar oleh satu lembaga putih tetapi wajahnya tak jelas kelihatan. Katanya lagi... lembaga tu wali Allah! dalam keturunan mereka, hanya dia dan seorang sepupunya yang dapat mimpi ini. Neneknya dulu memang pandai berubat. Mulai dari saat itu, pandailah dia berubat.. Persoalannya.. Siapakah lembaga itu? Bolehkah dia mengamalkan ayat-ayat syifa yang diberi melalui mimpi? Jika amalan tersebut menyeleweng, bagaimanakah ana nak membantu beliau supaya bebas drp amalan tersebut?
*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
Khamis, Januari 27, 2011
Hasad Dengki Tak Kenal Usia
Petang semalam ana didatangi oleh seorang warga emas. Sekali pandang, ana fikir macam kenal je orang tu. "Pak Cik ni yang jual pecal tu kan?" tanya ana. "Ya..." jawabnya ringkas. Ana pun terus
Rabu, Januari 26, 2011
Aku Sibuk!
Aku Sibuk! Itulah alasan yang sering kita beri jika kita tidak mahu melakukan sesuatu. Petang semalam, selepas solat asar di masjid, ana didatangi oleh seorang
Selasa, Januari 25, 2011
Solat Jumaat Tanpa Ayah
Sudah lebih 2 bulan ana Solat Jumaat Tanpa Ayah. Terasa juga hati ini. Selalunya, setiap hari Jumaat ana akan menjemput ayah di rumahnya dan membawanya ke masjid. Selepas solat Jumaat, ana akan hantar anak-anak ke sekolah agama. Kemudian ana membawa ayah makan-makan dan minum-minum di warung atau restoran. Ayah memang suka minum teh panas dan mee goreng. Kadang-kadang ayah makan mee rebus dan rojak. Tetapi ..... sekarang tidak lagi.
Ayah telah pergi mengikut emak ke Shah Alam kerana menemani emak menjaga cucu. Bila ayah akan pulang....
Ahad, Januari 23, 2011
Apabila Tuan Guru Sakit...
Hari Jumaat yang lalu, seperti biasa ana akan hantar SMS kepada Ust N bertanyakan samada datang mengajar atau tidak. "Slm. Mlm ni Ust dtg ke?" tanya ana. Tidak lama kemudian,
Tiada Matlamat Hidup?
Sejak beberapa bulan yang lalu, ana sering ditegur oleh rakan-rakan perniagaan yang mengatakan ana tiada matlamat hidup. "Aku tengok kau ni bukannya semakin nak besarkan perniagaan, tetapi semakin kecil pula. Mengapa?" kata Hasan
Sabtu, Januari 15, 2011
Waktu Perniagaan
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 15 Januari 2011, waktu perniagaan kedai Rampai Kencana dan waktu pejabat Fast Learning adalah seperti berikut:
WAKTU PERNIAGAAN
Isnin-Jumaat : 9.00pg-6.00ptg
Sabtu : 9.00pg-1.00tgh
WAKTU REHAT
Isnin-Khamis : 1.00tgh-2.00ptg
Jumaat : 12.30tgh-2.30ptg
Oleh itu, segala urusan kedai. GD Express dan Fast Learning adalah mengikut waktu tersebut.
Namun demikian, waktu kelas pengajian Fast Learning adalah seperti biasa.
Sekian terima kasih.
Pengurus
RAMPAI KENCANA ENTERPRISE
FAST LEARNING ASSOCIATES
WAKTU PERNIAGAAN
Isnin-Jumaat : 9.00pg-6.00ptg
Sabtu : 9.00pg-1.00tgh
WAKTU REHAT
Isnin-Khamis : 1.00tgh-2.00ptg
Jumaat : 12.30tgh-2.30ptg
Oleh itu, segala urusan kedai. GD Express dan Fast Learning adalah mengikut waktu tersebut.
Namun demikian, waktu kelas pengajian Fast Learning adalah seperti biasa.
Sekian terima kasih.
Pengurus
RAMPAI KENCANA ENTERPRISE
FAST LEARNING ASSOCIATES
Jumaat, Januari 14, 2011
Rabu, Januari 12, 2011
Selamat Pulang Anakku
Pada 18 Disember yang lalu, tamatlah Program Tahfiz selama sebulan yang diikuti oleh Ali dan Ahmad. Pak Salleh sekeluarga pun datanglah ke Maahad Tahfiz di Kuala Selangor itu untuk menjemput mereka. Ali dan Ahmad nampak gembira sekali. Maklumlah, dah sebulan berada di Maahad tersebut.Rindu bukan main lagi mereka kepada kawan-kawan di kampung. Bagi Pak Salleh, ini adalah proses pembelajaran yang sangat berharga kepada Ali dan Ahmad. Bukan sahaja latihan untuk berdikari, malah turut melatih mereka lebih patuh kepada arahan, jadual waktu dan adab pergaulan. Namun .... adakah Ali dan Ahmad benar-benar sudah berubah? Motivasi5k akan memaparkan lagi kisah mereka memulakan alam persekolahan 2011... Jumpa lagi.
Ditahan di Pintu Masjid
Beberapa minggu yang lalu, ketika ana nak keluar dari masjid selepas solat asar berjemaah, tiba-tiba ana telah ditahan oleh
Selasa, Januari 11, 2011
Petunjuk Tidak Mengenal Usia
Terlebih dahulu ana nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta Kelas Al-Quran dewasa yang dibimbing oleh ana sendiri. Kelas ini memang dikendalikan dari peringkat asas.... bermula dari Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran. Yang ana kagum ialah ada di kalangan mereka yang sudah berumur lebih daripada 60 tahun. Datang belajar menaiki motosikal
Selasa, Januari 04, 2011
FAST LEARNING 2011
Pengambilan Bulan Januari 2011
Tempat terhad. Daftar Sekarang!Kelas-kelas yang ditawarkan:
Langgan:
Catatan (Atom)