Pagi tadi, selepas solt subuh di masjid ana terus ke gerai makan di masjid. Nak beli sarapan untuk seisi keluarga. Bihun goreng 3 bungkus dan popia goreng bercili 6 ketul. Ketika Pak haji S menceduk bihun yang ana pesan, ana pun sempat bertanya,
"Haji masak pukul berapa?" Haji S pun menjawab, "Pukul 4 pagi." Ana bertanya lagi, "Haji masak kat rumah ke?". "Kat sinilah. Pukul 4 kami datang masak." jawab Haji S. Ana terkejut juga mendengarnya. Ana pun terus bayar RM5.00.
Dalam perjalanan pulang, bermacam-macam persoalan bermain di fikiran ana. Yang paling ana kagum ialah usaha gigih pasangan suami isteri itu bangun seawal jam 4 pagi untuk masak. Bangun seawal jam 4 pagi untuk mencari rezeki. Walaupun usia Haji S menjangkau 60an tetapi masih sihat. Begitulah ciri-ciri seorang usahawan. Tak seperti setengah-setengah kedai makan yang buka jam 8.00 pagi. Ketika orang dah masuk kerja baru dia nak mula niaga. Ketika peniaga lain dah habis berjual, baru dia nak mula niaga. Bila orang tak datang, kata 'orang buat' dan macam-macam lagi. Walhal sikapnya yang malas bangun pagi itulah yang telah menjahanamkannya!
Kepada anak remaja dan belia harapan bangsa, belajarlah bangun awal pagi. Janganlah tidur selepas solat subuh kerana perbuatan itu akan membawa kepada lemahnya tubuh, lembabnya akal fikiran serta mewarisi kemalasan dan kepapaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan