Rabu, Ogos 10, 2011

IPTA vs IPTS

Seperti yang telah dijanjikan, motivasi5k akan memaparkan pandangan bapa Shahida tentang kejayaan anaknya masuk U. "Alhamdulillah, Pak Cik amat bersyukur kerana Shahida dapat juga belajar kat U. Memang
 Pak Cik menaruh harapan yang tinggi kepadanya kerana dia anak sulung. Kejayaannya akan menjadi pendorong kepada adik-adiknya." katanya.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak membenarkan Shahida memasuki IPTS, beliau menjawab, "Bukanlah Pak Cik anti IPTS, tetapi Pak Cik rasa belajar di IPTA lebih selesa dan lebih jimat. Pak Cik takut juga bila mendengar ramai pelajar-pelajar kita yang tertipu dengan iklan-iklan IPTS yang bukan main lagi hebatnya. Tetapi bila sudah mendaftar barulah tahu. Tak cukup pelajarlah... tak cukup pensyarahlah dan sebagainya."

Memang tidak dapat dinafikan sangkaan beliau. Sebagai pesara Kerajaan Malaysia, sudah tentu beliau lebih meyakini IPTA. Namun ana tidak nafikan ada juga IPTS yang berjaya melahirkan graduan yang baik-baik. Terpulanglah kepada pelajar dan ibubapa untuk memilihnya. Pilihlah U yang terbaik! Kerana U yang terbaik sahaja akan berjaya melahirkan insan yang terbaik!

Tiada ulasan: