Entah kenapa tiba-tiba saja ana Teringatkan Kawan-Kawan Lama. Kawan-kawan ketika di ITM Shah Alam pada tahun 1980an. Ohh.. rindu sungguh rasanya dengan suasana kampus ketika itu. Analah cucu pertama datuk dan nenek yang menjejakkan kaki ke ITM. Pada masa tu...
ITM memang terkenal dengan siswa siswi yang memenuhi pasaran. Mudah dapat kerja di sektor awam dan swasta.
Semasa di kampus ana memang aktif dalam Jemaah Islam. Pada ketika itu, kami diberi kebebasan untuk mengadakan pelbagai aktiviti agama seperti usrah, rehlah dan malam puisi Islam. Walaupun diberi kebebasan, kami tetap berada di landasan yang betul. Pelajaran tetap diutamakan. Belajar pada masa tu ditanggung penuh oleh kerajaan. Kalau diingat-ingatkan ramai juga siswi-siswi yang baik-baik... boleh dijadikan teman hidup.. tapi waktu tu kami memang tak berani nak mengorat.. malulah. Simpan dalam hati je. Bila dah habis belajar .. barulah menyesal. Tapi sekarang lain. Siswa-siswi kini tak macam dulu. Lebih mewah dan lebih bergaya...
Cukuplah dulu setakat ini... catatan ini dibuat khusus untuk teman-teman seusrah ana iaitu Imam Awang Mohd Hanafi, Abang Nizam, Fuad, Mior Zuharmin, Rafie, Asri, Zuhri, Zainal, Rashid, Hussin, Ainol, Zahari, Mior Rohaimi, Rozaimi, Sarudim, Azizol, Azlan dan lain-lain yang ana dah tak ingat. Jadi kepada teman-teman yang ingatkan lagi rakan-rakan kita dulu bolehlah catatkan dalam ulasan... Tk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan