Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam motivasi. Pertama sekali ana mohon maaf kerana dah lama tak kemaskini blog. Anak-anak ana di kolej dan U juga sibuk bertanya kenapa dah lama tak buat cerita baru. Sebenarnya memang banyak cerita baru ana nak kongsikan. Namun disebabkan bulan ini 3 orang pekerja ana berhenti mengejut..
kerana mendapat kerja baru, maka tinggallah ana seorang. Minggu lepas ana yang belajar di kolej bercuti seminggu, bolehlah bantu. Minggu ini ana minta tolong isteri tersayang tolong ana. Minggu depan, Insya-Allah anak ana yang belajar di U balik bercuti seminggu.Memang memeritkan. Bila ambil pekerja baru, banyak masa ana terbuang kerana nak mengajar mereka. Banyak kerosakan dan pembaziran berlaku terutama kerja-kera fotokopi dan binding. Namun bila nak berhenti, mereka cakap, "Nak berhenti hari ini!". Ada seorang tu bagi SMS, "Maaf. saya nak berhenti esok kerana dapat kerja lain." dan macam-macam lagi. Memang ana tak pernah halang mereka berhenti, tetapi cara berhenti itu memang tak patut. Nak potong gaji tak sampai hati kerana kita dah kenal emak bapaknya.
Apapun yang berlaku, ana tetap berdoa semoga mereka semua berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Mulai bulan ini, ana sudah bertekad akan menjadikan bisnes ini sebagai bisnes keluarga... tanpa bergantung penuh kepada pekerja. Jika ada pekerja pun sebagai pembantu sahaja... bukannya penggerak utama. Terimakasih kepada mereka bertiga yang berhenti mengejut kerana telah memberi pengajaran yang amat berharga kepada ana. Pengajaran betapa sukarnya hendak mendidik anak bangsa untuk berdikari! Pengajaran betapa perlunya pengorbanan setiap ahli keluarga membantu menjayakan bisnes keluarga. Kepada anak-anak ana yang terbaca catatan ini, ana berrpesan, "Belajarlah kalian bersungguh-sungguh. Berazam dan berusahalah untuk berjaya. Belajarlah tanpa pinjaman. Jika terpaksa, bebaskan diri daripada pinjaman riba. Biar kita dalam kesusahan, asalkan pengajian kalian diberkati Allah... Abah tidak akan redha jika pengajian kalian ditanggung daripada pinjaman riba... walaupun ianya datangnya daripada kerajaan yang memerintah!".
2 ulasan:
Post ni buat sy sebak... terima kasih tn motivasi5k
Sebak saje tidak mencukupi jika tidak disertai dengan penyesalan dan tindakan untuk meningkatkan kualiti hidup.
Catat Ulasan