Khamis, Mei 05, 2011

3 Kilo Ikan Mambung 2 Kilo Kerang

Selepas bersenam di stadium pagi tadi, ana terus ke pasar awam Sg Besar. Sampai aje di pasar, Hj  Tapa terus memberi salam. Ana pun jawab sambil bertanya khabar. Hj Tapa ialah salah seorang peniaga ikan di pasar. Yang istimewanya ialah
Hj Tapa hanya menjual ikan air tawar. Ikan keli, haruan. sepat, puyu dan talapia. Paling istimewa adalah belut. Ikan dan belut hidup-hidup lagi dijual. Kita order barulah Hj Tapa siangkan.
Selain itu Hj Tapa juga menjual kerang liar. Ana pun belilah 2 kilo kerang dengan harga RM4.00. Kemudian ana pun ke gerai belakang untuk membeli ikan laut pula. Waaah... ikan baru jaring kata penjual tu. Ikankembung, tuna, cencaru dan mambung. Ana pun pilih-pilih dan beli ikan mambung 3 kilo dengan harga RM18. Pembeli sebelah ana pun berkata, "Banyaknya..". ana pun jawab "Sepuluh orang bang...". 
Jadi bila balik ana pun bersianglah siap-siap. Buang kepala, perut dan basuh. Simpan dalam peti untuk dimasak oleh orang rumah. Kerang pun sama, ana basuhkan siap-siap.. Kemudian ana kupas nanas yang ana beli malam tadi, potong-potong dan simpan dalam peti ais. Begitulah kebiasaannya... ana tukang bersiang, orang rumah tukang masak. Anak-anak apa lagi... tukang makanlah!  Jadi hari ini makan nasi ikan mambung dan kerang berulamkan nanas lah kami... jumpa lagi..

Tiada ulasan: