Jarang sekali ana bersenam sambil bersembang. Ini kerana ana lebih selesa bersenam seorang diri kerana mempunyai lebih masa untuk 'bercakap dengan diri sendiri'. itulah yang biasa ana lakukan. Tapi...
hari ini lain pula jadinya. Ketika ana baru tiba di padang, rakan ana datang sambil turut join ana bersenam. Setelah memanaskan badan, ana pun mulalah berjalan keliling padang tanpa kasut. Rakan ana pun turut serta tapi dia berkasut. Kami pun bersembang. Banyak perkara kami bincangkan. Banyak perkara juga kami fikirkan. Antaranya ialah masalah penceraian umat Islam masakini yang dikatakan berlaku setiap 6 minit. Selain itu, keadilan suami yang mempunyai isteri lebih drp satu. Tidak ketinggalan juga kami bersembang tentang lemahnya ekonomi orang Islam kerana sibuk berebut kuasa. Paling menarik pada ana ialah kisah isteri-isteri orang dingorat oleh suami-suami orang sepejabat dan sebaliknya... Selepas selesai 7 pusingan, kami pun sejukkan badan. Namum kami hanya sembang umum sahaja tanpa menyentuh mana-mana individu.... takut jadi mengumpat pulak..Selepas itu kami pun pergi minum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan