Khamis, November 06, 2014

KELAS INTENSIF MUSIM CUTI NOV-DIS 2014


Dari 24 Nov. - 25 Dis 2014 (5 minggu / 20 hari). Hari Isnin-Khamis.
Kelas mula pada Isnin, 24/11/2014 jam 9.00 pagi. Taklimat ibubapa jam 9.30 pagi.

 Pendaftaran hanya RM20.00/org.Tawaran kelas secara pakej sahaja.

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN  

1. KELAS CEPAT BACA
Merupakan  kelas  paling  laris pada musim cuti. Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 5-6 tahun dan 7 tahun ke atas tetapi masih belum boleh membaca atau lambat membaca. Menggunakan kaedah fonetik tanpa eja. Membantu anak anda membaca dengan lebih cepat dan lancar.
Subjek: BM, BI dan Jawi

2. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK TH1-6
Kelas ini memberi tumpuan kepada  aspek penguasaan topik  dan latihan pengukuhan mengikut tahun pembelajaran. Dikendalikan dalam kelas berasingan. Anak anda akan dibimbing, diberi  kefahaman dan  latihan  mengikut topik.  Sangat berkesan bagi tujuan memahami dan menguasai sesuatu topik. Amat sesuai untuk anak anda yang akan memasuki Th 1-6 pada tahun 2015.     
Subjek: BM, BI, Math dan Sc

3. KELAS AL-BARQY
Anak anda boleh  membaca  Al-Quran lebih  awal lagi. Kaedah Al-Barqy amat menarik dan berkesan kerana selari dengan pengajaran Bahasa Arab. Pendekatan kata kunci menjadi titian ingatan untuk memahami topik baru. Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 6 tahun ke atas dan masih belum boleh membaca Al-Quran.

4. KELAS TAJWID AL-BARQY
Anak anda boleh belajar Tajwid dengan mudah dan berkesan. Kaedah Al-Barqy amat berkesan kerana bacaan bertajwid diajar secara amali mengikut sebutan Bahasa Arab. Amat sesuai untuk anak anda yang sudah boleh membaca Al-Quran tetapi masih lemah dari segi pembacaan bertajwid.

5. KELAS AL-QURAN
Kelas ini diadakan khusus untuk anak anda yang boleh membaca Al-Quran atau telah tamat membaca Al-Quran dan ingin mengulang bacaan secara talaqqi musyafahah.

6. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK SRA TH 5-6
Kelas ini diadakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman dalam pembelajaran bagi subjek-subjek SRA. Anak anda akan dibimbing cara mudah menghafal, membuat nota dan latihan serta diberi kefahaman mengikut topik. Amat sesuai bagi anak anda yang akan memasuki Th 5-6. 
Subjek: Tauhid/Feqah, Akhlak/Sirah, Bahasa Arab, Tajwid

7. KELAS PENDIDIKAN ASAS FARDHU AIN TH 1-4
Kelas ini diadakan khusus untuk membimbing anak anda membaca Al-Quran dan ilmu fardhu ain. Di antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah bersuci, air, najis, istinjak, hadas, wuduk, mandi dan solat. Kelas ini turut mengadakan latihan amali bagi mengukuhkan kefahaman terhadap perkara perkara yang dipelajari. Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 7-10 tahun.




Daftarlah Sekarang! Terhad kepada 15 orang/kelas.


JADUAL KELAS

1. Cepat Baca BM & BI
    9.00 pg - 12.00 tgh

2. Cepat Baca BI & Jawi
    10.45 pg - 1.00 tgh

3. Cepat Baca BM, BI & Jawi
    9.00 pg - 1.00 tgh

4. TH 1-6 (BM, BI, Math & Sc)
    9.00 pg - 12.00 tgh /
    2.30 ptg - 5.00 ptg

5. Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy/Al-Quran
    12.00 tgh - 1.00 ptg /       
     5.00 ptg - 6.00 ptg 

6. SRA TH 5-6
    2.30 ptg - 5.00 ptg

7. PAFA
    2.30 ptg - 5.00 ptg


SENARAI YURAN

(*Yuran termasuk beg, teks bacaan/buku, nota, alat tulis, pensil warna, makan & minum pg/ptg,sijil penyertaan dan hadiah)

Pendaftaran                                                              RM 20.00                                      

 1. Cepat Baca BM dan BI                                           RM 280.00 

 2. Cepat Baca BI dan Jawi                                         RM 280.00

 3. Cepat Baca BM, BI dan JawI                                   RM 380.00 

 4. KBSR Th 1-2-3-4-5-6 BM,BI,Math,Sc (sesi pg)           RM 330.00

 4. KBSR Th 1-2-3-4-5-6 BM,BI,Math,Sc (sesi ptg)          RM 280.00 

 5. Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy/Al-Quran                        RM 150.00 

 6. SRA Th 5-6                                                             RM 230.00

 7. PAFA Th 1-2-3-4                                                     RM 200.00


   ++ Minum dan Makan Pagi/Petang FOC




Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:

FAST LEARNING ASSOCIATES (001531440-P)
No 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan.
(Sebelah  Klinik 1 Malaysia)   Blog :  http://motivasi5k.blogspot.com 
Tel/Faks: 03-3224 1278   Mobile/WhatsApp: 013-209 2280 / 019-3224395                  

Daftar melalui SMS/WhatsApp: 
Taip NAMA | UMUR | KELAS PILIHAN | MASA
dan hantar ke 013-209 2280 / 019-3224395