Hai... dah 10 hari ana tak bersenam. Satu pertiga bulan tu. Yelah.. sejak minggu lepas lagi. Memang berat juga nak mulakan balik bersenam ni...
Dah biasa rehat dan sibuk hal kerja. Memang ana sibuk sikit minggu lepas. Hantar anak temuduga maktab, hantar isteri ke klinik, hantar isteri ke hospital, hantar anak temuduga Darul Quran dan hadir Kursus Ilmu Tajwid. Mujurlah ana ni kerja sendiri. Kalau makan gaji, pagi-pagi lagi dah kena pergi kerja. Memang tak ada masa nak bersenamlah jawabnya. Tapi terpaksalah ana lawan juga perasaan malas tu.. Jadi, pagi tadi selepas hantar anak-anak ke sekolah, anapun terus ke stadium. Sebelum ana keluar dr kereta, sempat juga ana mendengar siaran motivasi pagi di radio. Walaupun badan ana masih belum cukup sihat kerana demam dan batuk, ana gagahi juga. Dimulakan dengan azan atas padang, ana mula berjalan biasa dan berjalan cepat. Nak berlari ana tak berapa laratlah. Ibarat solat, jika tak mampu berdiri maka kita dibolehkan solat dengan cara duduk. Jadi disebabkan ana tak mampu berlari, maka anapun berjalanlah.
Setelah selesai bersenam, anapun cuci kaki dan masuk ke dalam kereta untuk ke pasar. Dalam perjalanan ke pasar, ana terfikir... jika meninggalkan aktiviti bersenam pun sudah malas nak bersenam semula, macam mana ye jika kita meninggalkan solat 10 hari... mampukah kita untuk solat semula. Cuma bezanya, meninggalkan bersenam tak perlulah kita qadha, tapi jika meninggalkan solat... wajiblah qadha..
Begitulah juga jika kita sudah 10 hari meninggalkan membaca al-Quran setiap hari, maka mampukah kita untuk menyambungnya semula selepas itu! Bagaimana pula kalau kita dah meninggalkan solat dan membaca al-Quran selama 10 bulan atau 10 tahun? Maka sudah tentulah semakin sukar untuk kita lakukannya semula. Oleh itu, istiqamahlah dalam beramal. Semoga kita sentiasa sihat dan sejahtera. Jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan