Ketika catatan ini dibuat, ana baru saja bertemu
dengan seorang rakan. Sambil minum air tin ana pun bertanya khabar. "Assalamualaikum, apa kahabar?" tanya ana kepadanya. Setelah menjawab salam, dia pun mula bercerita, "Ustaz, aku ni cari duit siang malam untuk keluarga, tapi bila dah banyak duit lain pulak jadinya. Kuat cemburu, selalu kena leter, selalu kena marah. Ustaz tahu tak macam mana nak buat?" . Ana pun jawab, "Banyakkan doa, banyakkan membaca al-Quran". "Nak doa macam man ustaz, sembahyang pun tidak." katanya. Maka terkejutlah ana. Tak sangka pula yang dia tak solat. "Nasib baiklah ada anak, kalau tak dah lama aku lesing. Ada duit pun tak bahagia, buat apa.", katanya lagi. Sedih juga ana tengok dia. memang dia pernah berkata satu ketika dulu bahawa ada duit semua boleb beli. Tapi dia lupa, kebahagiaan tak boleh dijual beli. Ada duit banyak pun tak guna kalau tak bahagia. Kerana Duit Bukan Segalanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan