Pagi semalam, ana memang kalut sikit. Selepas solat subuh di masjid, ana terus beli nasi lemak Pak Shakir yang membuka warung dalam kawasan masjid. Tiba di rumah, ana terus kejutkan anak-anak untuk solat subuh. Bukan main liatnya mereka...
jam 7. 10 pagi baru nak solat subuh. Walaupun masih ada waktu tapi sudah agak lewat.
jam 7. 10 pagi baru nak solat subuh. Walaupun masih ada waktu tapi sudah agak lewat.
Oraog rumah bagi tau abangnya sekeluarga dari USJ akan datang bertandang. Apa lagi, ana pun mintalah orang rumah senaraikan barang yang nak dibeli. Jam 8.30 pagi ana terus ke pasar. Terburu-buru sikit sebab jam 9 pagi ada kawan lama dari Klang nak jumpa. Ana pun belilah ikan keli 3 kg, kerang 3 kg, timun, limau nipis, daun limau purut, santan, sos cili dan minyak. Jam 9.30 ana terus ke kedai. Azizol dah lama menunggu. Setelah minum pagi, kami pun berbincang tentang perniagaan takaful. Memang ana dah jadi agen takaful... tapi kurang aktif. Bila Azizol datang, ana naik semangat nak buat semula.
Jam 12.30 tgh ana balik ke rumah sebentar, bertemu dengan abang ipar yang baru tiba. Ana minta izin untuk pergi ke 3 buah kenduri. Terkejar-kejar juga dibuatnya. Jam 2.00 ptg ana balik rumah. Makanan sudah terhidang. Kami pun makan. Jam 3 ptg, abang ipar ke Sg Hj Dorani nak cari ikan segar. Anak-anak dan anak saudara pula mengajak ana ke pantai untuk mandi. Jam 4 ptg, kami ke pantai Sg Hj Dorani. sempat juga berfotografi dan mandi laut. Bukan main seronok lagi 7 orang anak ana dan 2 orang anak saudara... Mandi Laut. Jam 5 ptg abang ipar datang jemput anak mereka pulang ke USJ. Jam 5.30 ptg kami pun pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan