Khamis, Disember 29, 2011

Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh?

Post kali ini akan membincangkan tentang Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh? Benarkah sekolah berasrama penuh itu menjamin kejayaan anak anda?
Memang tidak dinafikan bahawa Sekolah Berasrama Penuh telah melahirkan ramai penjawat-penjawat awam yang berpangkat tinggi. Doktor, jurutera, juru terbang, arkitek dan lain-lain jawatan profesional sering dikaitkan dengan lepasan SBP. Namun apakah kesudahan hidup mereka yang belajar di SBP. Memang mereka berjaya. Memang mereka berharta. Memang mereka sibuk bekerja. Tetapi apakah kesudahan hidup mereka. Ada di kalangan mereka yang merasa kosong jiwa, tiada ketengangan, tiada harmoni dan paling malang ialah jauh dari rahmat Ilahi. Jika berjawatan tinggi... korupsi. Jika makan gaji...curi tulang.

Jarang sekali kita melihat lepasan SBP yang berwibawa, beriman dan beramal soleh diusia muda! Fikir fikirkan lah!

Tiada ulasan: