Sabtu, Mac 05, 2011

Buat Air Zam-Zam

Minggu lalu, Sg Besar digemparkan dengan Road Show 'rawatan Islam' oleh seorang pengamal dari utara. Memang hebat..
Setiap malam ratusan orang hadir. Ana memang nak sangat tengok tapi hanya pada malam terakhir sahaja berkesempatan hadir. Malam-malam lain memang ana tak ingat langsung untuk hadir. Pada malam terakhir itu ana jangka lebih daripad 300 orang hadir. Bersila atas tikar dan ada juga yang berdiri di sekelilingnya. Ramai juga yang ana kenal.

Selain itu, ada lebih daripada 10 pesakit berkerusi roda. Paling menyentuh hati ana ialah ada seorang tua yang terbaring atas kerusi malas, hanya mampu menggerakkan kepala sahaja. Sedang orang kanan ustaz tu memberi ceramah produk, ustaz tersebut sibuk merawat pesakit.

Di akhir majlis, ustaz tersebut meminta semua yang hadir memegang botol air yang dibawa. Arahan diberi "Jika saya suruh tutup... tuan-tuan dan puan-puan tutup. Jika saya suruh bukak.. tuan-tuan dan puan-puan bukak. Insya-Allah saya akan menjadikan air yang tuan-tuan dan puan-puan bawa menjadi air zam-zam. Yang boleh merawat penyakit dan memenuhi segala hajat." Ana pun tengok sahaja. Tak lama kemudian, selepas selesai membaca sesuatu.. dan bukak tutup... bukak tutup, ustaz tu pun berkata, "Sekarang semua air ni dah menjadi air zam-zam. Cuba tuan-tuan dan puan-puan rasa... ada payau-payau tak?". 

Maka mereka pun minumlah sedikit air yang dibawa. Ada yang terkebil-kebil dan tenguk kiri kanan..
Persoalannya ... betul ke air tersebut sudah menjadi air zam-zam..? Mengapa semudah itu kita percaya semua tu! Kembalilah kepada Perubatan Islam tulen!

Tiada ulasan: