Semalam bersamaan 29 Syaaban 1432 H. Dari pagi hingga petang ramai ahli keluarga datang menziarahi pusara ibu bapa dan keluarga yang telah kembali kerahmatullah. Begitu juga dengan Basri. Selepas solat Asar di masjid... Basri terus ke pusara ibunya di depan mimbar masjid, bersebelahan dengan pusara datuk dan nenek sebelah ayah. Setelah bertahlil dan berdoa, Basri segera ke pusara datuk dan nenek sebelah ibu yang jaraknya 10 km. Pusara anak Basri juga ada di situ. Setelah bertahlil dan berdoa, Basri pun balik.
Dalam perjalanan pulang, basri amat sedih kerana tak dapat menziarahi pusara isterinya yang berada di utara Semenanjung. Sedih sungguh rasanya... "Maafkan kami kerana tak dapat menziarahi pusaramu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan