Khamis, Mac 17, 2011

Terapi Ruqyah Syariyyah

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu telah diadakan Seminar Perubatan Islam dan Klinik Rawatan Kiswah. Tujan utama program diadakan ialah untuk membantu masyarakat menangani gangguan makhluk halus
menggunakan kaedah al-Quran. Dikendalikan oleh sekumpulan perawat Islam drp Pusat Rawatan Islam Kiswah, Temerloh, Pahang. Dibantu oleh ahli-ahli Kiswah dr Sg Besar, Hutan Melintang dan Teluk Intan. Lebih 50 orang telah hadir seminar tersebut manakala 45 orang pesakit telah dirawat.

Di antara tajuk -tajuk ynag dibincangkan dalam seminar ialah Menyingkap Alam Jin, Keterlibatan Jin dan Sihir, Tanyangan Video Perubatan Islam, Konsep Perubatan Islam, Amalan Pendinding, Ruqyah Sariyyah Sebagai Teknik Utama Menangani Kejahatan Makhluk Halus, Hizib Bahar dan Selawat. Peserta seminar juga diberi ijazah mengamalkan ayat-ayat Ruqyah Sariyyah.


Sesi rawatan pula telah mendapat sambutan di luar jangkaan. Sesi dimulakan dengan pendaftaran pesakit, rawatan Ruqyah Sariyyah dan taklimat cara penggunaan produk. jam 5.00 ptg baru tamat sesi rawatan.

Terima kasih ana ucapkan kepada semua perawat Kiswah yang bertungkus lumus membantu masyarakat membebaskan diri drp amalan perubatan yang men-syirik-kan!

Tiada ulasan: