Rabu, November 02, 2011

Siapa yang Mengajar?

Selain daripada bilangan murid/kelas, persoalan lain yang banyak ditanya oleh ibu bapa ialah, 'siapa yang mengajar?'. Di sini ingin diperjelaskan bahawa konsep kami ialah 'melatih'
dan bukannya mengajar. Oleh itu kami lebih mengutamakan para siswa siswi dan siswazah untuk 'melatih' murid. Mereka berperanan sebagai fasilitator  'bebas' daripada cara belajar di sekolah. Biarkan murid-murid 'berubah angin'. Belajar mengikut cara belajar yang mudah, menarik dan menyeronokkan. Melatih bermaksud membimbing mereka melakukan sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh daripada tidak tahu membaca kepada tahu membaca, daripada lambat membaca kepada cepat membaca, daripada tidak tahu mengira kepada tahu mengira dan seterusnya.
Ini bermakna kami 'melatih' mereka supaya lebih mahir membaca, menulis dan mengira kerana itulah asas untuk mereka berjaya!

Tiada ulasan: