Khamis, Julai 28, 2011

Basir Masih Pening!

Pening Basir masih belum reda. Bukan pening biasa ... tapi pening pemikiran. Pening yang mengganggu urusan harian. Duit yang diperlukan untuk membayar bil masih belum cukup. Semalam bil TNB datang lagi. Warna merah lagi. Internet dan telefon memang dah lama kena potong. Esok...
hari terakhir nak bayar ansuran kedai dan rumah. Namun Basir tidak putus asa. Basir yakin Allah akan membantunya. Yang penting ialah dia mesti teruskan berdoa. teruskan berusaha dan teruskan bertawakal.! Kadang-kadang terlintas juga dalam hati Basir, "Miskinkah aku, Fakirkah aku?" Jika itulah ketentuan Ilahi, Basir redha asalkan mendapat keredhaanNya. Biarlah miskin harta asalkan tidak miskin budi bahasa. tidak miskin ilmu dan tidak miskin beramal. "Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepadaku rezeki yang halal lagi mencukupi agar aku dapat menyara diriku dan keluarga ku, agar aku dapat membayar hutang-hutangku, agar aku tidak termasuk dalam golongan orang yang meminta-minta. amiiin ..." Itulah doa Basir.
Motivasi5k mendoakan agar Basir terus cekal dan tabah. Tidak putus asa dan tidak putus mengharap...

Tiada ulasan: