Isnin, Ogos 01, 2011

Bersedekahlah!

Jika anda dalam kesusahan, kemurungan, kemiskinan dan kesakitan.... maka bersedekahlah! Mudah-mudahan Allah akan membantu kalian. Bukan mesti banyak, sedikit pun tidak mengapa. Berilah sumbangan di tabung masjid, pusat tahfiz, rumah anak yatim dan lain-lain badan dakwah Islamiah. 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1 pun boleh. Bersedekahlah secara istiqamah 40 hari berturut-turut tanpa putus. Jika anda tidak mampu untuk ke masjid setiap hari, buatkan tabung di rumah. Isikan setiap hari. Cukup 40 hari... masukkan dalam tabung-tabung seperti di atas. Tapi jangan lupa niat, "Ya Allah, aku bantu agamaMu Ya Allah, maka Engkau bantulah aku ... (sebutkan permohonan anda)."
Selepas 40 hari perlukah anda bersedekah lagi.. Ya! sudah tentu. Teruskanlah bersedekah kerana sedekah itu dapat membebaskan diri anda daripada kesusahan, kemurungan, kemiskinan dan kesakitan....  Hah! tak percaya! Jika tak percaya cubalah! kerana hanya orang yang sudah makan durian sahaja yang tahu betapa sedapnya durian itu..........

Tiada ulasan: