Pada catatan kali ini, motivasi5k telah terpanggil untuk menceritakan tentang perit maung seorang usahawan yang berjuang untuk bangkit daripada kejatuhan dalam perniagaan. Seperti biasa, kisah-kisah benar sebegini bukan senang untuk diperolehi. Basir (bukan nama sebenar) pula bukanlah seorang suka menceritakan hal peribadinya. Tambahan pula
untuk dipaparkan dalam blog ini. Namun setelah diperjelaskan bahawa catatan ini adalah sebagai teladan kepada orang lain, maka Basir bersetuju dengan syarat nama sebenarnya tidak dinyatakan.

Sebenarnya Basir bukanlah susah sangat. Ketika zaman senangnya, memang dia suka berbelanja lebih. Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah mudah. Di zaman kegemilangannya, sempat juga Basir memiliki 2 buah rumah teres, sebuah rumah kedai dan sebuah kenderaan MPV. Bagi Basir itu sudah mencukupi untuk dia sekeluarga. Basir pula memang suka menziarah saudara mara dan balik kampung. Walaupun jauh, tapi Basir pergi juga kerana pada masa itu memang dia berduit.
Namun segala-galanya kini berubah. Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kegawatan ekonomi negara, kenaikan harga minyak dan kenaikan barang keperluan harian mula mengubah kehidupan Basir. Bagi keluarga besar yang ditanggung, tentu banyak cabarannya. 7 orang anaknya masih bersekolah. Isterinya surirumah sepenuh masa. Perniagaan yang dijalankan tiba-tiba terjejas teruk. Hutang keliling pinggang. Surat peguam sudah tidak dihiraukan. Apa yang penting ialah menyara diri dan keluarga. Pernah satu ketika kedainya hendak disita akibat hutang kad kredit. Pendapatannya hanya RM3000 sebulan manakala kos operasi perniagaanya lebih RM6000 sebulan. Saudara mara pun sudah tidak mampu untuk memberi hutang lagi.. Pada ketika itu, hutangnya telah mencecah hampir 1.3j.

Akhirnya Basir pasrah. Pernah satu hari anak kecilnya bertanya "Ayah. Kita ni dah jadi miskin ke?". Terkedu Basir dibuatnya. Namun digagahi juga untuk menjawab soalan sikecil, "Ya, memang kita sekarang sudah miskin. Sudah susah sedikit. Tapi dulu kan kita pernah senang. Sekarang Allah nak uji kita. Nak didik kita supaya tidak boros lagi. Nak kita lebih. bersyukur."
Basir tiada pilihan. Fikirannya kini buntu. Jiwanya kosong. Tidur pun tak lena. Makan pun tak lalu. Dalam diam-diam Basir mula mendekati masjid. Mula mendengar kuliah agama sebagai santapan rohaninya bagi menggantikan santapan jasadnya.... baginya, dia bukan sahaja miskin kebendaan malah dia juga berasa amat miskin dalam ilmu agama dan adab. Lebih-lebih lagi adab kepada Yang Maha Esa!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan