Khamis, April 21, 2011

Hospital 1 Malaysia

Pagi semalam, ana hantar isteri ke hospital. Buat pemeriksaan lanjutan kehamilan.  Ana tiba di hospital jam 8.50 pagi. Sementara menunggu isteri, ana pun pergilah ke bahagia pesakit luar. Kebetulan ana pun batuk dan kurang sihat.Dalam ana menung-menung tu, banyaklah yang ana fikirkan. Yelah dah lama benar ana tak ke hospital. Ana ingat-ingat dah lebih 3 tahun.
Jadi banyaklah perubahan ana tengok. Ada tandas baru, ruang menunggu berhawa dingin dan lebih selesa. Ramai pesakit daripada berbilang bangsa. Melayu, Cina dan India... macam Hospital 1 Malaysia pulak. Yang bertugas pun sama. Ada Melayu, ada Cina dan ada India. Kemesraan berbagai kaum ini menjadikan negara kita aman dan makmur. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sedang bergolak, maka buruntunglah rakyat Malaysia. ...

Tiada ulasan: