Hari ini 5 orang anak ana terlibat dengan sukan sekolah. Pagi-pagi lagi Safura, Muhammad, Musa, Isa dan Asmaa bangun. Begitu bersemangat sekali mereka memakai baju sukan sekolah yang baru. Mala tadi ana sudah belikan 2 buku roti untuk sarapan. namun pagi tadi, selepas solat subuh di masjid ana terus beli 3 bungkus bihon goreng untuk sarapan mereka. "Hah.. siapa nak kuat lari kenalah makan dulu." kata ana. Apa lagi, mereka pun makanlah.... licinnn. Kemudian ana bekalkan air limau nipis sebagai penghilang dahaga. Tiba di sekolah, masing-masing minta RM4 seorang. "Hai.. biasa RM1 je. Kenapa nak lebih?" tanya ana. Si Muhammmad dan Musa pun jawab, "Satu hari ni... mana cukup!". Ana pun bagilah juga sebab tak sampai hati pula rasanya. Selamat Bersukan Anak-Anakku. Semoga berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan