Jumaat, September 18, 2015

Sembuh Tanpa Ubat

assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita sering terdengar orang berkata, "Kalau nak cepat sembuh, makanlah ubat!"
Tapi bagi orang yang luar biasa, SEMBUH TANPA UBAT lebih memberi makna.
fikir-fikirkan!

Jumaat, Ogos 28, 2015

Semangat Merdeka!

Ketika rakyat Malaysia sibuk untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan, ada juga yang buat tak kisah. Tanpa bendera, tanpa jalur gemilang. sempat juga ana bertanya kepada mereka,  mereka dengan selamba menjawab, "Tak sempatla saya nak fikir pasal merdeka, saya rasa terteka sekarang, nilai duit jatuh, harga barang naik, kelapa sawit jatuh harga...susahla macam ni.."

Anda bagaimana?

Ahad, Julai 26, 2015

Mampukah Ramadhan Mendidik Kita?

Ramadhan 1436H telah berlalu. bagi orang yang beriman dan beramal soleh, pemergian Ramadhan terus ditangisi. Bulan 'bonus' kepada mereka....bukan bonus RM500, bukan bonus setengah bulan gaji, bukan juga bonus sebulan gaji....tetapi 'bonus' seribu bulan!

Sebulan  Ramadhan mendidik kita, bukan sahaja menjaga perkara yang membatalkan puasa tetapi lebih daripada itu. Ramadhan mendidik kita memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Itulah hakikatnya!

Namun mampukah hati kita yang keras ini dilenturkan oleh Ramadhan, mampukah lidah kita yang berbisa ini ditawarkan oleh Ramadhan, mampukah rasa bongkak kita ditundukkan oleh Ramadhan? Bila Syawal menjelang, kita akan dikelaskan kepada tiga golongan...

Pertama, orang yang beroleh beruntung dan ketaatan yang dapat meneruskan amalan baik di bulan Ramadhan.
Kedua, orang yang sebelum Ramadhan mereka lalai, semasa Ramadhan mereka rajin beramal dan apabila habis Ramadhan mereka kembali kepada kelalaian.
Ketiga, orang yang tidak peduli akan kehadiran Ramadhan, kekal dengan kemalasan, kelalain dan kemaksiatan. maka mereka termasuklah dalam orang yang rugi lagi merugikan.

Ayuh semua! Teruskan amalan baik kalian di bulan Ramadhan. Beristiqamahlah! Semoga Ramadhan yang lalu dapat mendidik kita menjadi insan soleh dan solehah, menjadi insan yang lebih berhemah dan berakhlak!