Mermang ramai rakan-rakan yang bertanya ana, bagaimana nak maintain berat badan? Bagaimana nak kuruskan badan? dan bagaimana nak kekalkan saiz bentuk badan? Hari ni ana nak kongsi sikit. Bukannya fatwa dan bukannya petua. Hanya amalan biasa...
Pertama, anda mesti 'bersahabat' dengan air. Minum air secukupnya, paling kurang 8 gelas sehari. Mandi paling kurang 3 kali sehari. Ambil wudhuk paling kurang 5 kali sehari. Bila anda cukup air dalam badan, maka anda akan dapat mengatasi masalah keletihan, lesu dan mengantuk.
Kedua, makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang.
Ketiga, jangan makan berulamkan air. Minumlah 1/2 jam selepas makan.
Keempat, mesti pastikan anda masih boleh pakai pakaian 10 tahun dulu.
Kelima, pastikan Perut Paras Dada. Jangan biarkan perut anda melebihi paras dada kecuali bagi kaum perempuan yang hamil.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan