Pendidikan Dan Latihan



Halaman ini mengandungi maklumat 
Pengenalan Syarikat, Program Pendidikan  dan Program Latihan .

PENGENALAN SYARIKAT

LATAR BELAKANG

Program Fast Learning telah bemula pada tahun 1998. Pada ketika itu, ia dikendalikan di bawah syarikat Rampai Kencana Seleksi Sdn Bhd. Fast Learning telah didaftarkan atas nama Fast Learning Associates pada 14 Januari 2005 dengan nombor pendaftaran syarikat 001531440-P. 

Aktiviti utama Fast Learning ialah memberi perkhidmatan mengendalikan kursus, seminar, dan motivasi.



MATLAMAT

Menjadi sebuah institusi pendidikan dan latihan yang unggul



MOTO

Ke arah Generasi Intelek



PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN

1. KELAS MEMBACA
  • Cepat Baca
  • Al-Barqy  
  •  I Can Read
  • Tajwid Al-Barqy 
  • Al-Aisar
  • Al-Quran.

2. KELAS INTENSIF MUSIM CUTI
  • Pintar Baca (BM, BI, Jawi, B.Arab)
  • Pengukuhan KBSR (BM, BI, Math dan Sc)
  • Pengukuhan PSRA (B.Arab, Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah)
  • Al-Quran (Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy, Al-Quran) 
  • Hafazan

3. KELAS AL-QURAN
  • Al-Barqy
  • Tajwid Al-Barqy
  • Al-Quran
  • Tahsin Qiraat Al-Quran
  • Talaqi Musyafahah Bersanad
  • Taranum

  4. TADARUS



  5. KURSUS/SEMINAR MOTIVASI
  • Motivasi Pelajar
  • Keusahawanan
  • Kepemimpinan
  • Keibubapaan

  6. KURSUS PERUBATAN ALTERNATIF
  • Homeopati
  • Shiatsu
  • Refleksologi

DI MANA KELAS/KURSUS DIKENDALIKAN?



Semua kelas/kursus dikendalikan di Pusat Latihan Fast Learning dan terbuka kepada semua individu yang berminat. Kami juga sedia menerima undangan mengendalikan kelas/kursus di tempat anda. 


Bagi kursus di luar kawasan, ia dikendalikan secara pakej sahaja. Mana-mana sekolah, persatuan, pertubuhan atau organisasi yang berminat bolehlah berhubung terus ke:

 FAST LEARNING ASSOCIATES,

No. 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai,

45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Tel/SMS :  013-2092280.




    PROGRAM PENDIDIKAN

       

      1. CEPAT BACA

      Kelas  ini disediakan  khusus untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun yang   belum bersekolah atau yang sedang belajar di pra sekolah. Tumpuan kelas adalah kepada aspek kemahiran membaca dan menulis. 

      Subjek   : Cepat Baca, Cepat Tulis, I Can Read, I Can Write, Al-Barqy, dan Lancar Al-Barqy 
      Hari       : Isnin-Khamis (4 x seminggu)   Masa  : 3.00-4.30ptg


      2. PINTAR BACA

      Amat sesuai untuk murid-murid pra sekolah dan  sekolah kebangsaan  yang masih belum boleh membaca atau lambat membaca atau   tidak memahami apa yang dibaca. 

      Subjek  : Cepat Baca BM, Cepat Baca BI dan Bacalah Jawi. 
      Hari  : Sabtu (4 x sbln)          Masa  : 9.00 pg - 1.00 tgh


      3. PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6

      Kelas ini memberi tumpuan kepada  aspek penguasaan topik mengikut tahun pembelajaran. Syarat utama untuk memasuki kelas ini ialah murid mesti pandai membaca. Anak anda akan  diberi  kefahaman,   dibimbing dan  diberi latihan mengikut topik.  Dikendalikan dalam   kelas berasingan oleh guru-guru yang berpengalaman menurut modul  latihan dan pendekatan fast learning.

      Subjek  : BM, BI, Math dan Sc.  
      Hari : Ahad (4 x sbln)    Masa : 8.00 pg-12.15 tgh  ATAU
          

      4. AL-QURAN

      KELAS AL-BARQY
      Anak anda boleh  membaca  al-Quran lebih  awal lagi. Kaedah al-Barqy amat menarik dan berkesan kerana selari dengan pengajaran Bahasa Arab. Pendekatan kata kunci menjadi titian ingatan untuk memahami topik baru. Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 6 tahun ke atas dan masih belum boleh membaca al-Quran.

      KELAS TAJWID AL-BARQY
      Anak anda boleh belajar Tajwid dengan mudah dan berkesan. Kaedah al-Barqy amat berkesan kerana bacaan bertajwid diajar secara amali mengikut sebutan Bahasa Arab. Amat sesuai untuk anak anda yang telah menamatkan kelas Al-Barqy atau yang sudah boleh membaca al-Quran tetapi masih lemah dari segi pembacaan bertajwid.

      KELAS AL-QURAN
      Kelas ini diadakan khusus untuk anak anda yang telah tamat mengikuti kelas Tajwid Al-Barqy atau yang telah boleh membaca al-Quran. Juga amat sesuai untuk anak anda yang ingin mengulang membaca al-Quran secara talaqqi musyafahah.

      Subjek  : Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran. 

      KANAK-KANAK     
      Hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat (4 x seminggu)         
      Masa : 6.00-7.00 ptg  ATAU  8.00-9.00 mlm

      REMAJA    
      Hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat (4 x seminggu)         
      Masa :  8.30-9.00 mlm

      DEWASA    
      Hari : Isnin-Rabu (3 x seminggu)   Masa : 8.30-9.30 mlm
                  

      5. TALAQQI MUSYAFAHAH (Dewasa)

      Kelas Talaqqi Musyafahah ini dibimbing oleh guru-guru kemahiran Al-Quran yang dijemput khas. Terbuka kepada mereka yang sudah boleh membaca Al-Quran dengan baik atau sederhana baik. Bimbingan bacaan secara individu.

      Hari  : Isnin/Rabu/Jumaat (Pilihan 1-3 x seminggu)     Masa    : 9.30-11.00 mlm               


        

      PROGRAM LATIHAN

      1. RAHSIA MUMTAZ

      Kursus ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah aliran agama yang akan menduduki peperiksaan PSRA/SMA.   

      Di antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah  mengapa mesti mumtaz, belajar dan ingat, adab murid terhadap guru, matlamat belajar dan menyediakan jadual belajar.


      2. PINTAR BELAJAR


      Kursus ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR/SPM.  

      Di antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah  konsep pintar belajar,  cara belajar yang betul,  peta minda, cara menjawab soalan peperiksaan, matlamat belajar dan menyediakan jadual belajar.



      3. TOT PINTAR BACA (Bahasa Melayu/Jawi)


      Kursus ini disediakan bagi melatih para peserta tentang kaedah mengajar membaca Bahasa Melayu/Jawi secara mudah, cepat dan berkesan. Di antara kandungan kursus ialah mengenal huruf vokal, membaca suku kata,  perkataan, rangkai kata, petikan, dan cerita.


      Kursus ini amat sesuai untuk guru-guru pra sekolah/kelas pemulihan, ibu bapa, pengusaha tadika, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar cara mengajar membaca Bahasa Melayu/Jawi secara mudah, cepat, dan berkesan.




      4. JADILAH USAHAWAN TULEN


      Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang mengenalpasti peluang-peluang perniagaan, memulakan perniagaan, merekod wang masuk dan wang keluar serta  memasarkan produk/perkhidmatan.

      Kursus ini amat sesuai untuk para belia, beliawanis, suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan.

       
      5. KEPEMIMPINAN MISALI


      Kursus ini memberi pendedahan tentang peranan pemimpin dan cara mengurus organisasi secara berkesan. 

      Di antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah kepemimpinan organisasi, mesyuarat yang berkesan, cara menyimpan rekod, menulis laporan dan merancang aktiviti organisasi. 


      Kursus ini amat sesuai untuk pemimpin  kelab/persatuan pelajar, koperasi, AJK PIBG, AJK masjid/surau, AJK Keselamatan Kampung, dan lain-lain pertubuhan sukarela.





      6. JADILAH AHLI REFLEKSOLOGI 


      Kursus ini disediakan bagi melatih para peserta tentang kaedah rawatan refleksologi untuk diri sendiri dan orang lain. 

      Di antara kandungan kursus ialah  asas refleksologi, mengenali sistem tubuh, kaedah mengurut, ‘First Aid’ refleksologi dan anda sebagai ahli refleksologi.


      Kursus ini amat sesuai untuk pengamal perubatan alternatif, suami isteri, dan individu yang berminat untuk menjadi ahli refleksologi.




      7.  FIRST AID HOMEOPATHY  


      Kursus ini disediakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang kaedah rawatan homeopathy. 

      Di antara kandungan kursus ialah falsafah perubatan homeopathy, tatacara pemberian penawar, ‘First Aid’ homeopathy, Materia Medica, garam tisu biokimia serta homeopathy dan Islam.



      Kursus ini amat sesuai untuk pengamal perubatan alternatif, suami isteri, dan individu yang berminat untuk menjadi pengamal perubatan homeopathy.