Khamis, September 30, 2010

Tidak Tahu dan Tahu

Orang yang tidak tahu dan tahu yang dia tidak tahu ialah orang yang dungu, tinggalkan dia. Orang yang tidak tahu dan tahu yang dia tidak tahu ialah orang yang bodoh, ajarlah dia. Orang yang tahu dan tidak tahu yang dia tahu ialah orang yang tidur, kejutkan dia. Orang yang tahu dan tahu yang dia tahu ialah orang yang bijak, ikutlah dia.

Itulah ungkapan keramat yang ana masih ingat walaupun dah berpuluh tahun ana tinggalkan. Pernah menjadi suntikan untuk terus belajar semasa menuntut dulu. Cuma ana nak pesan kepada semua pengunjung, janganlah menjadi orang yang tidak tahu tetapi buat-buat tahu. Kerana orang sebegini bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi akan turut merosakkan orang lain juga. Lebih teruk lagi jika golongan ini menjadi pemimpin dan akan merosakkan orang yang dipimpinnya... jumpa lagi.

Rabu, September 29, 2010

Panggilan Pohon Restu

Hari minggu yang lalu, selepas balik dari solat subuh di masjid, ana terus kejutkan anak-anak. Bangun, bersihkan diri dan solat. Ada juga yang tak solat... yang umur bawah 10 tahun. Bila semuanya dah siap, kami pun..

Sabtu, September 25, 2010

3 Anak Kucing

Selepas ana ziarah kubur Tok, Tok Wan dan anak ana pagi semalam, tergerak hati ana nak bersarapan di Warung Abang Man. Dah lama ana tak bersarapan di sana, entah mengapa tiba-tiba ...

Rabu, September 22, 2010

Kunjungan Guru

Malam tadi, ana dikunjungi oleh guru ana Ust N, seorang hafiz. Sejak tahun lalu, ana telah mengikuti Kelas Talaqi Musyafahah dengan beliau di Pusat Latihan Fast Learning, Sg Besar. Banyak ilmu...

Ahad, September 19, 2010

Hinakah Saya?

Beberapa bulan yang lalu, ana ke pasar awam untuk membeli ikan dan sayur. Setelah parking kereta, anapun jalan kaki. Di depan pintu pasar ada terserempak dengan..

Sabtu, September 18, 2010

Siapa Urus Jenazah Kita?

Beberapa hari yang lalu, ana ke rumah pengerusi taman bersama 3 anak perempuan untuk berhari raya. Setiba di sana, kami dijemput masuk. Sjn M beritahu ana, ada ahli kariah yang meninggal dunia di hospital TI. Ana bertanya siapa nak uruskan. Sjn M kata, "Ini yang masalahnya. Simati tu...

Khamis, September 16, 2010

Gadis Patani

Senin (bukan nama sebenar) adalah seorang peniaga. Pada kebiasaannya, selepas berniaga pasar malam, Senin akan makan di kedai tomyam seafood milik

Rabu, September 15, 2010

Janji Perokok

Lebih 600 perokok termasuk seorang imam berumur 80 tahun dari pelbagai warga negara berikrar buang tabiat buruk itu depan pintu masuk Masjidil Haram di Makkah

Selasa, September 14, 2010

Tikam Anak

Rekha merupakan seorang ibu tunggal. Mempunyai 2 orang anak perempuan yang telah remaja.
Tekanan hidup. Keadaan hidupnya  porak peranda. Kehidupannya semakin tertekan selepas ditinggalkan kekasih 

Ahad, September 12, 2010

Straight A's

Ani (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar cemerlang. Ani mendapat 5A dalam UPSR dan  Mumtaz dalam PSRA. Ani memasuki sekolah berasrama penuh mengikut jejak kakaknya. Ani mendapat 7A dalam PMR. Walaupun sedikit kecewa kerana

Bermaafan Sebelum Mati

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin daripada ana sekeluarga di atas segala kesalahan yang telah lalu dan sebelumnya, baik yang dinyatakan atau yang disembunyikan.
Sempena Aidilfitri ini, ana menyeru kepada semua pengunjung supaya melupakan

Selasa, September 07, 2010

Bacalah Al-Quran

Malam tadi, selepas solat taraweh di masjid diadakan majlis khatam al-Quran. Ana bangga kerana para pesertanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Remaja, dewasa dan warga emas. Ada yang

Ahad, September 05, 2010

Usahawan Malam

Salam motivasi. Selepas solat tarawih malam tadi, ana bersama anak-anak ke ekspo raya di Sungai Besar. Melayan kehendak 3 anak lelaki yang nakkan mercun dan bunga api. Wow! Inilah pertama kali ana datang tengok apa mereka jual. Memang benar, ramai sekali usahawan malam. Macam-macam

Jumaat, September 03, 2010

Rumah Pusaka

Pagi tadi, selepas hantar anak ke sekolah, ana terus ziarah kubur Tok Wan, Tok dan anak ke-7. Kubur mereka bersebelahan. Setelah selesai membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, tahlil dan doa, ana terus

Rabu, September 01, 2010

Bencana Mengajar Kita!

Banjir besar yang menenggelamkan 1/5 negara Pakistan sejak Julai 2010, merupakan yang terburuk dalam tempoh 100 tahun. Lebih 1,600 orang terkorban, 30,000 rumah dihanyutkan dan 20 jutapenduduk dipindahkan. Menurut statistik, hampir 80% rumah musnah di bandar Chasaddar, 30 km dari Peshawar. Kebanyakan rumah secara asasnya tidak kukuh kerana dibina menggunakan batu, tanah liat dan sedikit simen tanpa menggunakan tiang yang kukuh sebagai sokongan. Paling malang ialah rumah tanah liat yang dibina oleh golongan miskin 'cair' dibawa air.