Khamis, September 16, 2010

Gadis Patani

Senin (bukan nama sebenar) adalah seorang peniaga. Pada kebiasaannya, selepas berniaga pasar malam, Senin akan makan di kedai tomyam seafood milik
 orang Patani. Kalau dia nak belanja ana makan pun, dia akan pilih rangkaian kedai itu. Suatu hari ana pun bertanyalah kepada Senin, "Aku tengok kau ni suka sangat makan kat kedai tomyam, takde kedai Melayu ke kat sini?" . Dengan selamba Senin menjawab, "Kat sini lagi bagus, servis cepat, masakan pun sedap. Mek-meknya pula peramah, cantik dan mudah senyum." 

Ana pun fikir-fikirkan, banding-bandingkan memang ada kebenarannya kata Senin tu. Gadis Patani memang peramah, pandai ambil hati pelanggan dan tak ponteng kerja. Mengapa gadis Melayu tak macam tu ye? Sedangkan ini tanahair kita, pelanggan kita, macam mana mereka lebih suka gadis Patani. Macam mana restoran mereka lebih diminati, dikerumuni dan dipenuhi jejaka Melayu? Apakah kita tak mampu nak lahirkan gadis Melayu menjadi tarikan jejaka Melayu di restoran Melayu yang berada di Tanah Melayu? Mengapa orang Melayu selalu me-layukan diri sendiri, me-layukan bisnes bangsa sendiri? Mengapa?

2 ulasan:

~ itQaN SyaBiQ ~ berkata...

Ya Allah...moga tidak ramai gadis melayu & pemuda melayu yg me-LAYU kan diri...Amiin >>

motivasi5k berkata...

Terima kasih. Semoga anda tidak termasuk di dalam golongan yang me-layukan.