Jumaat, Januari 14, 2011

Doa Untuk Ibu

Hari ini genaplah usia ana xx tahun. Petang semalam anak-anak ana buat kejutan ketika
ana  tiba di rumah dengan ucapan Selamat Hari Jadi. Dari sikecil berumur setahun lebih sehinggalah yang besar. Pagi tadi, ana dapat mesej daripada isteri yang memberi ucapan Selamat Hari Lahir. Sebelum ke pejabat ana ke Pusara Ibu. Membaca Surah Yasiin, bertahlil dan ber-Doa Untuk Ibu. Semoga dosanya diampunkan. Semoga amalannya diditerima Allah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Setiba di pejabat, anak sulung ana meminta ana membuka blognya. Mohon dibaca Ucapan Selamat Hari Lahir. Terima kasih kepada semua. Tanpa kalian di sisi, tiada makna hidup ini. Tanpa kalian di sisi, tiadalah gurau senda. Tanpa kalian di sisi, tiadalah doa daripada anak yang soleh....

Tiada ulasan: