Petang tadi, setibanya ana di masjid untuk solat asar, ana lihat ramai orang di masjid. Tidak seperti biasa. Ingatkan ada majlis akad nikah. Bila ana masuk ke masjid,
barulah ana tahu bahawa yang ramai-ramai tu ialah asnaf fakir miskin. Sebahagiannya ana memang kenal. Mereka ada kursus rupanya. Kursus apapun ana tak pasti. Waktu solat asar, tak ramai yang solat berjemaah. Hairan juga ana kerana buat program di dalam masjid tapi tak solat di masjid. Selepas solat dan berdoa, ana pun berehat sebentar. Tiba-tiba pihak urusetia membuat pegumuman bahawa elaun kursus hanya akan dibayar oleh agensi terlibat dalam tempoh seminggu. Jemaah sebelah ana pun berkata kepada ana, "Banyak ke elaun tu. Ada sampai RM300 ke? Kenapa tak dibayar sekarang?" . Ana pun jawab, "Biasanya RM20 ke RM30 je. Kesian ya. Datang jauh-jauh, tak dapat duit.". Rakan ana menggelengkan kepala tanda kesal. Di luar masjid, terdapat beberapa orang peserta yang bising sebab kena tunggu seminggu baru nak dapat RM30. Tak puas hati.
Ana bukan nak campur urusan agensi terlibat, tetapi patut-patut la sikit. Mereka datang jauh-jauh. Ada yang ana kenal tu rumahnya lebih daripada 10km. Makcik-makcik yang dah tua tu pun kena tunggu juga. Apa salahnya jika duit RM30 tu diberikan terus kepada mereka. Bolehlah mereka belikan buah tangan kepada anak-anak. Dan yang lebih penting ialah mereka telah kehilangan pendapatan pada hari ini kerana datang kursus. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan