Jumaat, Mac 11, 2011

Terapi Azan

Biasanya azan dilaungkan ketika masuk waktu solat lima waktu. Tetapi tahukah kita bahawa azan itu adalah satu formula kehidupan. Azan juga merupakan satu terapi...
Dimulakan dengan mengakui kebesaran Allah, mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Selain itu, terdapat juga seruan untuk mendirikan solat dan mencapai kemenangan. Diakhiri dengan mengakui kebesaran Allah dan tiada Tuhan selain Allah.
Azan juga dilaungkan ketika sesat dalam hutan, rumah terbakar, masuk rumah baru, nak tunaikan haji, selepas bayi dilahirkan dan ketika bencana melanda seperti tsunami. Maka amat rugilah kepada mereka yang tidak mendengar azan dan tidak mahu mendengar azan. Ketika azan, kita diseru untuk tidak bercakap, diam dan menghayati azan.
Azan juga merupakan satu terapi. Caranya ialah azan dikala kaki pijak ke bumi tanpa alas. Paling baik ialah berdiri berkaki ayam di atas tanah liat ataiu tanah pasir laut. Alhamdulillah, pagi tadi ana telah memulakan senaman pagi dengan azan di tengah padang bola tanpa kasut.  Memang hebat! Memang ada perbezaan! Memang menenangkan! Cubalah! Mudah-mudahan anda akan bertambah sihat dan kuat! Dan yang lebih penting ialah anda akan sentiasa sihat ketika  melakukan ibadat kepada Allah.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bagus sungguh perkongsian ini. Pagi tadi saya juga dengar tentang terapi Azan ini di radio IKIM. Slot kuliah/ceramah pukul 07.30am. Sebijik isi ceramah macam dlm radio pagi tadi...Siapa tuan punya blog ni ye?

motivasi5k berkata...

Tk. Azan adalah untuk semua umat. Utk dimanafaatkan. Sila lihat profil saya...