Khamis, Januari 27, 2011

Hasad Dengki Tak Kenal Usia

Petang semalam ana didatangi oleh seorang warga emas. Sekali pandang, ana fikir macam kenal je orang tu. "Pak Cik ni yang jual pecal tu kan?" tanya ana. "Ya..." jawabnya ringkas. Ana pun terus
ajak Pak Cik Bad masuk ke dalam bilik ana. "Tak sangka kita jumpa di sini. Pak Cik ni datang pun sebab dibawa oleh kawan pak cik tu. Kalau tak pak cik pun tak tahu ustaz ada kat sini." kata Pak Cik Bad memulakan bicara. "Berniaga pecal lagi ke?" tanya ana. "Sekarang ni cuti. Sebab nak kenduri kahwin anak hujung bulan ni. Lagi pun mak cik kau tu tak sihat." jawabnya. "Kenapa? Sakit apa?" tanya ana. "Entahlah! Puas sudah ke klinik dan hospital tapi tak juga baik. Mak cik tu berak-berak,  muntah-muntah dan perutnya sakit membengkak." sambung pak cik Bad. "Tahu ke mak cik sakit apa? Ada pergi berubat kampung ke?" tanya ana. Ana memang kenal sangat orang tua tu. Semasa di kampung dulu, setiap Khamis pasti ana akan beli pecal dan kuih muih yang mereka jual. Untuk sarapan arwah datuk dan keluarga ana. Kalau mereka tak berniaga hari itu, barulah ana beli daripada peniaga lain. Bukan saja sedap tetapi bersih dan murah pula. Bukan saja makanannya bersih tetapi orangnya juga pembersih. Patutlah cepat habis!

"Tak tahu lah sakit apa. tapi ada beberapa ustaz bagi tahu yang mak cik tu ada gangguan." katanya pak cik Bad. "Macam mana pak cik tahu?" tanya ana. Pak cik Bad pun ceritalah dar awal hingga akhir. Tentang kelebihan isterinya yang pandai memasak, membaca al-Quran, marhaban dan berzanji. Disebabkan kebolehan itu, maka terlebih menonjollah dia daripada orang lain. Sehingga ada di kalangan ahli masyarakat yang memalingkan muka dan tidak bersalaman dengannya ketika bertemu. "Nak kata orang buat tu tak beranilah nak cakap, sebab tak ada bukti. Tapi bila disindir-sindir oleh rakan-rakan dalam pengajian kaun ibu membuatkan isteri pak cik semakin sakit. Bukan saja sakit hati tetapi sakit badan juga." kata pak cik Bad.

Setelah didiagnos, maka ana pun berilah dia ubat homeopati dan air rawatan pinggan putih beserta dengan penjelasan cara menggunakannya. 
Setelah pak cik Bad balik, ana pun terfikir mengapakah hasad dengki tak pernah hilang daripada hati manusia? Daripada remaja, orang dewasa sehinggalah warga emas. Benarlah kata-kata ungkapan ini iaitu Hasad Dengki Tak Kenal Usia... Oleh itu jauhilah hasad dengki kerana ia ibarat api yang membakar sekam!

Tiada ulasan: