Telah beberapa kali ana mendengar cerita darpada seorang guru yang hilang duit kerana dicuri oleh toyol. Pagi tadi, ketika ana buka pejabat untuk kelas tuisyen, cikgu itu cerita lagi. "Betul. Sudah puas akau berubat dan buang toyol tu.. tapi dia tetap datang juga. Bukan saya seorang saja yang hilang duit, jiran kiri kanan dan belakang rumah pun hilang duit juga. Teruk betullah!" bebel cikgu tersebut.
Cikgu tu terus membebel lagi. Dia kata kalau tuan toyol tu beli toyol RM1000... maka dia dapat RM1000 juga semalaman. Memang Lumayan. Kalau beli toyol yang RM500... maka dia dapat RM500 juga semalaman. Begitulah seterusnya. Katanya lagi, di Sg Besar ni ada stokis toyol. Jadi sesiapa yang nak bisnes toyol, bolehlah dapatkan stok toyol di stokis tersebut. Katanya lagi, stok toyol disimpan dalam peti kedap udara supaya toyol itu tidak dapat mendengar azan ketika azan dilaungkan! Sejauhmana kebenarannya... hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi ana ada juga mengesyorkan supaya cikgu itu mengambil rawatan pinggan putih Produk Annusyrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan