Beberapa hari yang lalu, sempat juga ana bertanya kepada Shahida (Nak Masuk U), "Shahida tak menyesal ke tak pergi kerja di bandar? Kan gaji di sana banyak?".
Shahida pun menjawab, "Mula-mula tu terasalah juga. Tapi dah lama-lama ni dah tak kisah dah."
Memang benar. Ketika rakan-rakannya sibuk melanjutkan pelajaran ke U, Shahida masih di kampung. 'membawa diri'. Ketika rakan-rakannya sibuk bekerja di bandar dengan gaji yang lumayan, Shahida masih di kampung. Bukan sebulan dua, tapi sudah lebih setengah tahun. Shahida masih di kampung.
Namun kini Shahida dapat merasakan betapa beruntungnya dia masih di kampung. Disamping membantu ayahnya mengajar al-Quran, Shahida juga telah mengikuti beberapa kursus dan seminar yang amat berguna. Antaranya ialah Kursus Asas Al-Barqy, Kursus Tajwid Al-Barqy, Seminar Perubatan Islam, Kursus Ilmu Tajwid dan beberapa seminar anjuran kerajaan negeri. Ayahnya pula memang menyokong penuh jika dia nak hadiri kursus dan seminar. Paling bermakna ialah Shahida kini mula berjinak dengan Terapi Rukyah Syariyyah. Shahida juga berhasrat untuk memohon tauliah mengajar al-Quran daripada MAIS.
Selain itu, Shahida yang merupakan anak sulung juga sempat belajar menjahit dan mengurus rumah. Satu pengalaman yang tak pernah dilalui sebelum ini. Apa pun Shahida tetap berdebar menunggu keputusan UPU minggu ini. Motivasi5k berdoa semoga Shahida dapat juga melanjutkan pelajaran ke universiti pilihannya. Selamat Berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan