Hati Shahida gembira sekali apabila mendapat tawaran masuk U. Tapi ada satu lagi perkara yang merunsingkan Shahida ialah nak bayar yuran kemasukan ke U dan membeli keperluannya yang menjangkau RM2000. Ayahnya pula kais pagi makan pagi....
kais petang makan petang. Nak minta semuanya daripada ayah, takut membebankan pula...Dalam kerunsingan itu, maka Shahida mendapat tawaran pinjaman PTPTN. Bukan main gembira lagi hatinya. Wang pendahuluan RM1500 sudah tentu dapat meringankan bebannya. Berita gembira itu segera disampaikan kepada ayahnya. "Kakak dapat pinjaman PTPTN la. Bolehlah kakak ambil. buat bayar masuk U dan beli keperluan." katanya kepada ayahnya. Ayahnya hanya berdiam seketika dan berkata, "Kakak dah semak ke pinjaman PTPTN tu islamik ke konvesional?" . maka Shahida pun membuatlah beberapa rujukan pakar-pakar ekonomi Islam dalam negara dan luar negara. Bersama ayahnya mencari jawapan samada islamik atau tidak sistem yang digunakan.
Kawan-kawan Shahida, ramai yang ambil pinjaman PTPTN. Saudara maranya juga ramai yang ambil pinjaman PTPTN. Malah anak-anak ustaz pun ambil pinjaman PTPTN. Bahkan bakal-bakal ustaz ustazah juga ramai yang ambil pinjaman PTPTN. Inilah yang memeningkan kepala Shahida.
Shahida faham sangat perangai ayahnya. kalau pinjaman tak islamik.... memang ayahnya tak benarkan. Shahida masih ingat kata-kata ayahnya, "Kalau amalkan sistem riba, jangan ambil. Tak berkat ilmu yang kakak belajar. Ambil pengajian Islam, tapi dalam masa yang sama amalkan riba. Mana nak senang. Itulah sebabnya banyak sangat masalah sosial sekarang. Belum kerja dah makan riba. Percayalah cakap ayah, orang yang makan riba ni hidupnya tak akan senang. kalau senang pun hidupnya tak akan tenang. Nak bertaubat pun macammana .... selagi belum habis bayar, selagi tu lah menanggung dosanya. Syarat taubat tu mestilah berhenti daripada melakulan dosa!"
Tersentap jantung Shahida. Memang dia tahu ayahnya anti-riba... tapi tak sangka pula sampai begitu tegas sekali. Patutlah semua pinjaman yang ayahnya buat mengikut syarak. Patutlah ayahnya boleh tenang walaupun dalam kepayahan.
Tak puas hati dengan keputusan ayah, Shahida pun bertanyalah kepada makcik dan pakciknya yang pernah belajar di Timur Tengah. Minta pandangan daripada mereka. Tetapi pandangan mereka amat berbeza dengan pandangan ayahnya. Setelah berfikir panjang, setelah memohon petunjuk daripada Ilahi... maka Shahida Tolak Tawaran Pinjaman PTPTN. Bukan kerana ayahnya berharta, tetapi demi maruah keluarga, agama dan bangsa. Shahida tidak rela menggadai maruah agama kerana wang. Tak rela pengajiannya dibiayai daripada pinjaman yang mengamalkan riba!
Motivasi5k ingin mengucapkan syabas kepada Shahida kerana tegas dengan pendiriannya. Motivasi5k mendoakan semoga ada insan-insan mulia yang akan membantu Shahida. Kepada sesiapa yang ingin membantu Shahida, bolehlah memberi sumbangan ikhlas terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad no akaun 12065020086739.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan