Pagi tadi, selepas ana menghantar 5 orang anak ke sekolah, ana terus ke masjid. Ketika sampai di lampu isyarat Parit Satu Barat, ana pun berhenti kerana lampu merah. Tiba-tiba...
cermin kereta ana diketuk orang. Ana pun toleh ke kiri. Rupa-rupanya sepupu ana sedang membonceng anaknya untuk ke sekolah. Ana pun buka cermin. "Ha.. kau N. Kenapa? Nak bagi aku duit ke?" gurau ana. N pun jawab, "Banh Abu, petang ni datang rumah ambil duit.". Ana pun tanya lagi, "Banyak ke?". N menjawab, "Seratus ringgit." Lampu pun hijau, kami pun berpisah.
Selepas solat asar, di masjid, ana pun terus ke rumah N. Setelah memberi salam, ana pun masuk. Ana lihat N terbaring. Badannya panas. N demam. Ana pun nasihatkan N supaya banyakkan minum air. Kami pun bersembang pasal bisness masing-masing. Tak lama kemudian N pun hulur sampu surat berisi wang RM100. Itulah duit hasil kebun di kampung yang N tolong uruskan. Alhamdulillah.. dapat juga rezeki dijalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan