Selasa, Januari 11, 2011

Petunjuk Tidak Mengenal Usia

Terlebih dahulu ana nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta Kelas Al-Quran dewasa yang dibimbing oleh ana sendiri. Kelas ini memang dikendalikan dari peringkat asas.... bermula dari Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran. Yang ana kagum ialah ada di kalangan mereka yang sudah berumur lebih daripada 60 tahun. Datang belajar menaiki motosikal
sejauh lebih 15km di waktu malam. Ada pula yang sudah bersara, pernah memegang jawatan penting di sebuah kementerian di ibu kota, sekarang mula belajar al-Quran bermula dari alif, ba, ta.. Telah bertemu dengan beberapa orang guru untuk belajar, tetapi disebabkan tak tahu membaca langsung maka guru tersebut tak sanggup nak mengajarnya. Ada pula yang langsung tak kenal huruf, merangkak-rangkak membaca. Ingat hujung pangkal lesap. Tetapi tetap juga datang belajar... malah anaknya pun turut belajar dalam Kelas Al-Quran remaja.

Apabila ana melihat mereka membaca al-Quran dengan begitu susah, ana sangat sayu. Mereka kuat berusaha dan berlatih membaca, memperbetulkan sebutan setiap huruf tanpa jemu. Hadir tanpa ponteng. Kerana kesungguhan mereka, maka kelas ini yang dikendalikan 1 kali seminggu telah ditambah kepada 3 kali seminggu. Setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai jam 8.30 mlm. Bermula dengan solat Isyak berjemaah. Melatih mereka untuk menjadi imam dan bilal.

Mudah-mudahan kisah ini menjadi iktibar kepada semua pengunjung motivasi5k agar terus membaca al-Quran. Sebenarnya, Petunjuk Tidak Mengenal Usia.... hanya kita sahaja yang tidak mahu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam diri kita. Anda... bagaimana?

Tiada ulasan: