Kali ini ana hendah sentuh sedikit tentang tajuk Guru Yang Zalim. Memang agak keterlaluan apabila ana bincangkan tajuk ini. Tapi ini adalah pandangan peribadi dan tidak berniat menyentuh hati mana-mana guru.
Ana berharap pandangan ini akan dapat menjadi iktibar dan perinagatan sesama manusia. Guru yang ana maksudkan di sini bukanlah guru akademik semata-mata, tetapi termasuklah juga guru agama.
Apakah itu zalim. Secara mudahnya zalim lawannya adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bermakna melakukan sesuatu yang betul dan tepat, serta dapat memberi manafaat kepada orang lain. Ini bermakna zalim itu ialah tidak melakukan sesuatu yang betul dan memberi mudarat kepada orang lain.
Sebagai seorang guru, semestinya berlaku adil. Berikut ana senaraikan beberapa kes benar yang mengambarkan kezaliman guru.
- Pilih kasih dalam mengajar murid di dalam kelas. Guru lebih memberi perhatian kepada murid yang cerdik dan mengabaikan murid yang lemah. Ini menyebabkan murid yang lemah akan hilang tumpuan dan semakin malas belajar dan kurang menghormati guru. Sedangkan guru itu telah dibayar gaji untuk mengajar semua murid dan bukannya murid yang cerdik sahaja.
- Mudah menghukum tanpa usul periksa. Apabila berlaku pergaduhan sesama murid, adakalanya guru menghukum murid yang dirasakan bersalah. Selalunya murid yang nakal. Namun pergaduhan itu mungkin bermula daraipada ejek mengejek atau usik mengusik. kemungkinan bermula daripada murid yang nampak baik. Jadi guru terus merotan atau mendenda murid yang nakal tanpa diadili terlebih dahulu. Akibatnya akan timbul rasa dendam sesama murid. Siapakah puncanya?
Cukuplah setakat ini dulu catatan ana. Insya-Allah ana akan sambung lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan