Di ruangan Mai Sembang motivasi5k, terdapat seorang pengunjung cilik. Namanya Keemasan. Hari ini motivasi5k terpanggil untuk membuat paparan tentang adik Keemasan. Sebenarnya, Keemasan baru tahun 6. Di waktu pagi...
Keemasan bersekolah kebangsaan. Di waktu petang Keemasan bersekolah agama. Selepas sekolah petang, Keemasan akan mengaji al-Quran di sebuah pusat pengajian al-Quran berhampiran rumahnya. Walaupun sudah pernah khatam al-Quran, tetapi bapanya terus menyuruhnya mengaji al-Quran.
Dorongan utama Keemasan nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah kerana kedua-dua kakakya pernah belajar di SBP. Ketika menjemput dan menghantar kakaknya, Keemasan melihat sendiri betapa 'hebatnya' SBP. Berbanding dengan sekolahnya dan sekolah menengah berhampiran rumahnya di luar bandar. SBP memang hebat. Pernah motivasi5k bertanya kepada Keemasan. "Adik nak sekolah mana tahun depan?" Keemasan menjawab dengan penuh yakin, "Sekolah Berasrama Penuh la." Ditanya lagi sekolah mana pilihannya, maka Keemasan menjawab, "Jika boleh saya nak ke Sekolah Berasrama Penuh Intergasi (SBPI) seperti kakak."
Sewaktu menghantar kakaknya ke SBP, Keemasan melihat sendiri kemudahan fizikal sekolah. Bangunan pejabat, asrama, dewan, surau, padang bola, dewan makan, kantin dan lain-lain semuanya bagus-bagus. Pelajar-pelajarnya pula bersih-bersih dan nampak kemas dan berwibawa. Sering juga Keemasan ditegur apabila menghantar kakak-kakaknya. Bersamalah kita berdoa semoga Keemasan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA tahun ini. Semoga cita-citanya Nak Masuk Sekolah Berasrama Penuh tercapai. Insya-Allah, motivasi5k akan memaparkan lagi bagaimana Keemasan bertungkus-lumus belajar bagi mendapatkan keputusan 5A dan Mumtaz! Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan