Isnin, Julai 18, 2011

Shahida Terima Tawaran Masuk U

Ketika ana dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat minggu lalu, ana terima panggilan daripada Shahida
yang menyatakan dia dapat tawaran masuk U. Ana hanya sempat ucapkan tahniah tanpa berbual panjang. Pada hari Sabtu, ana bertemu Shahida bagi mendapatkan maklumat lanjut. Alhamdullillah, Shahida akhirnya diterima masuk ke UKM. Shahida ditawarkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Bahasa Arab dan Tamadun Islam) selama 3 tahun. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya Shahida. Tak sia-sia dia belajar di sekolah kampung. Biarpun bukan sekolah 3 in 1, tapi masih tetap dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang. Ramai rakan-rakannya turut ditawarkan ke U. Motivasi5k ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Shahida di atas kejayaan tersebut. Motivasi5k juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Shahida kerana sudi berkongsi kejayaan ini. Insya-Allah dalam post yang akan datang motivasi5k akan cuba mendapatkan maklumbalas daripada bapa Shahida. Tk.

Tiada ulasan: