Selasa, Jun 14, 2011

Anak Luar Nikah

Ketika catatan ini dibuat, fikiran ana masih memikirkan tentang cabaran ibubapa masakini mendidik anak-anak. Memang mencabar! Tak seperti zaman ana kanak-kanak dulu... anak-anak amat mentaati ibubapa, merghormati orang tua, dan berbuat baik sesama manusia. Tapi kini...
anak-anak lebih suka buat keputusan sendiri. Bermula daripada makan minum hinggalah kepada memilih pasangan hidup.
Makan minun nak mudah. Tak kira halal ke haram. Beli ayam di hypermarket... siap sembelih dan bersih. Lebih mudah... lebih murah! Tapi tahukah kalian bahawa siapakah yang sembelih ayam2 tu?.. Halalkah?... Entahlah... Itu baru ayam. Lain2 lagi pun sama.
Cari duit pun dah tak kisah sumbernya. Asalkan dapat duit. Kerja siang malam nak bagi anak-anak senang. Tak susah macam mereka... tapi itulah yang merosak anak2 kerana tiada masa untuk bersama.
Muda mudi pula lebih suka cari pasangan sendiri. Satu ketika dulu ana pernah terdengar dalam satu ceramah bahawa anak2 luar nikah ni dah melebihi 200,000 orang! Mungkinkah keturunan kita akan terselamat daripada golongan ini.....

Tiada ulasan: