Selepas solat subuh di masjid, ana terus beli sarapan dan balik. Tiba di rumah, anak-anak sedang bersiap untuk ke sekolah. Seperti biasa, pagi tadi ana hidangkan mereka dengan
koew teow goreng dan kuih talam. RM5 untuk kami bersarapan 11 orang. Sedang 5 orang anak bersiap dan bersarapan, ana bancuh air untuk bekalan ke sekolah.
Setelah hantar mereka ke sekolah, ana bersama anak sulung terus ke USJ untuk ambil sijil SPMnya yang dah 2 tahun tersimpan di SAMBEST. Perjalanan lebih 2 jam sejauh 120 km itu amat meletihkan. Kemudian kami terus ke SUK untuk ambil borang pinjaman pengajian Kerajaan Negeri Selangor. Selepas itu, kami berkejar pula ke Meru kerana membeli produk ANNUSYRAH. Jam 12 tgh, kami bertolak pulang ke Sg Besar. Sempat juga kami singgah di Tg Karang membeli keropok losong. Setibanya di Sg Limau, ana terus jemput 5 anak balik dari sekolah.
Walaupun kami musafir... tapi kami tak sempat nak solat qasar dan jamak... kerana kami tiba di mukim kami sebelum masuk waktu zohor..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan