Khamis, Oktober 07, 2010

Motivasi Kanak-Kanak

Pertama sekali ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik Keemasan. Cadangan adik supaya diadakan cerita motivasi kanak-kanak amat dihargai. Ana telah merangka lebih daripada 20 tajuk akan disiarkan. Antaranya ialah Curi Duit Ayah, Basikal Baru, Kami Nak Senapang, Kena Rotan, Hisap Rokok, Nak Susu, Kereta 'Control', Jangan Tamak dan lain-lain.

Semua cerita adalah benar. Diharapkan dengan tersiarnya siri cerita teladan ini akan dapat memberi pengajaran kepada pengunjung kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Boleh ambil iktibar untuk anak dan cucu kita.

Tiada ulasan: