Rabu, Januari 12, 2011

Ditahan di Pintu Masjid

Beberapa minggu yang lalu, ketika ana nak keluar dari masjid selepas solat asar berjemaah, tiba-tiba ana telah ditahan oleh
salah seorang ahli jemaah. Ana cuba melangkah keluar tetapi orang itu terus menarik ana masuk kembali sambil berkata, "Aku dah lama perhatikan kau. Dah lama aku nak tanya tapi aku takut  kau marah.". Ana pun menjawab, "Apa nak ditakutkan. Ha.. tanyalah!". Lelaki yang berusia 60an itu pun berkata lagi, "Aku tengok kau pagi-pagi kat stadium tu berlari berkaki ayam di atas padang rumput mesti ada sebab. Boleh kau bagi tau aku kenapa?" Belum sempat ana jawab, lelaki tua itu pun berkata lagi, "Akukan, suka bersenam naik-turun tangga, untuk elakkan strok. Tapi kau aku tengok asyik berlari saja. Apa kelebihannya?".

Ana memang kenal lelaki tua tu tapi taklah rapat. Kenal-kenal gitu je, waktu senaman pagi di stadium. Tak sempat sembang pun, setakat angkat-angkat tangan je. Maklumlah... ana di padang bola, lelaki tua tu di tangga stadium. Tapi lelaki tua tu selalulah juga datang berjemaah. Naik basikal je... nak sihatlah katakan.
Ana pun menjawab, "Ooohhhh! Saya ingat apa tadi. Abang Mat nak tahu kenapa? Pertama, saya tak pakai kasut kerana di tapak kaki kita ni ada semua saraf di tubuh. Jadi apabila kita berjalan kaki atau berlari tanpa kasut, seluruh tapak kaki kita akan disentuh dan seluruh tubuh kita akan terangsang. Insya-Allah badan kita akan menjadi sihat. Yang kedua, saya berjalan kaki dan berlari di atas rumput kerana, kita mesti kena pijak bumi setiap hari. Kita mesti caj tubuh kita ke bumi. tengoklah, wayar letrik pun kena caj ke bumi. Yang ketiga, berjalan atas embun akan menyegarkan dan menguatkan tubuh.... itu je" . Ana mengakhiri penjelasan.

Seperti wartawan pula lagaknya, Abang Mat terus bertanya, " Berapa pusingan kau berlari?". Bagi ana, ini satu peluang kepada ana untuk berkongsi ilmu. "Tujuh pusingan. Tiga pusingan berjalan kaki dan empat pusingan lagi berlari. Pastikan ikut lawan pusingan jam. Macan tawaf di Mekah. Kemudian saya lari ulang-alik sebanyak tujuh kali juga." jelas ana. "Ha.... baru puas hati aku. Maaf la ye aku tanya kau." katanya. Ana pun menjawab, "Oh! itu tak jadi hal." Abang Mat pun terus bersalam dan minta diri untuk membaca al-Quran pula. Ana pula terus membaca doa keluar masjid dan beredar. Dalam perjalanan pulang, terlintas di hati ana, "Rupa-rupanya ada juga orang yang perhatikan ana bersenam selama ini ye.... Jika manusia pun memperhatikan kita, apatah lagi Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat... tentu sahaja akan memperhatikan kita 24 jam. Tentu sahaja akan memperhatikan kita seumur hidup kita!"

Tiada ulasan: