Khamis, April 28, 2011

GDEX Agent Workshop 2011

Pada hari Selasa yang lalu, ana telah menghadiri Gdex Workshop 2011 pada 26-28 April. Workshop 3 hari itu diadakan di Gdex HQ, PJ. dan Genting Highland. Turut hadir ialah agen-agen dari seluruh negara, pengurus kawasan, pengurus bahagian dan para pengarah syarikat. 'Welcome Address' disampaikan oleh CEO syarikat iaitu Mr Leong Chee Tong. Seminar dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Inilah pertama kali  ana hadir ke pejabat Gdex sejak 4 tahun menjalankan perniagaan ini. Ini juga merupakan kali pertama ana hadir ke Workshop yang dihadiri oleh seluruh peringkat pengurusan milik bukan Melayu...
Memang ana kagum cara mereka bekerja. Memang ana kagum cara mereka berfikir. Dan memang ana kagum cara mereka bekerja dalam satu pasukan. Layanan mesra tanpa mengira kaum. Layanan 1st class kepada semua agen. Dan layanan 1st class kepada semua staf. Dalam ucapan aluanmya, Mr Leong yang merupakan CEO syarikat memohon maaf kerana setelah lama agen-agen bekerja, inilah pertama kali diadakan pertemuan dengan pihak pengurusan. Sikapnya yang merendah diri, makan bersama dan hadir bersama kami membuatkan ana terasa kerdil.

Selain daripada penerangan tentang falsafah, misi dan visi syarikat, kami juga diberi pendedahan tentang fungsi setiap jabatan. lawatan sepetang ke semua jabatan memberi peluang kepada kami mengenali pihak pengurusan dan operator yang bertugas. Selama ini kami hanya berhubung melalui telefon sahaja, namun kini kami diberi peluang untuk bertemu muka.  Ya, memang bukan mudah untuk menguruskan lebih daripada 30,000 surat dan bungkusan setiap hari. Lebih 800,000 surat dan bungkusan setiap bulan. Menjaga kebajikan lebih daripada 1,600 orang pekerja dari seluruh negara juga bukanlah mudah.  Kami juga diberi peluang untuk bersoal jawab dengan pihak pengurusan yang diketuai oleh CEO.

Alhamdulillah, daripada laporan terkini, Agen Gdex Sabak Bernam tergolong dalam 7 agen terbaik jualan tunai daripada 60 agen seluruh negara. Pihak syarikat juga telah bersetuju untuk memberi pertimbangan sewajarnya bagi menaikkan imej premis agen Sabak Bernam. Terima kasih ana ucapkan kepada GDEX.

Namun yang lebih terkesan dalam diri ana ialah umur ana dan Mr Leong adalah sebaya. Tapi perbezaan perniagaan kami ibarat bumi dan langit. Namun ana tetap bersyukur, kerana masih lagi dikurniakan rezeki yang mencukupi bagi menyara diri dan keluarga. Alhamdulillah...

2 ulasan:

Ibnuarifzah berkata...

Salaamun alaik Tuan, saya amat tertarik dgn maklumat yg tuan berikan berkaitan bisnes sebagai Agen Gdex dan saya juga sedang mancari2 maklumat ttg latarbelakang bisnes ini. Bagaimana pandangan Tuan tentang bisnes ini ? Mohon jasabaik Tuan sekiranya ada kelapangan utk memberikan respon melalui e-mail saya yer ...ibnuarifzah@yahoo.com...terima kasih...lokasi saya : Kalumpang , Selangor DE

motivasi5k berkata...

Tk. Bisness ni memang baik. Tapi perlukan komitmen 100%. Tanpa cuti pada hari bekerja dan hanya cuti pada cuti am. Kami hanya diberi komisen atas semua dokumen yang dihantar dan yang diambil. Setakat ini, alhamdulillah... baik.