Maaf kerana dah agak lama ana tak buat catatan. Bukanlah sibuk sangat... tapi ada masalah internet kat ofis. Ini pun ana buat catatan dari CC shj. Minggu lepas. ana hantar anak kedua ana masuk form 6 di KISAS Klang. 30 tahun dulu, ana pernah juga memohon untuk masuk KISAS ni... tapi tak ada rezeki masa tu... Memang ana kagum dengan pelajar-pelajar yang keluar drp KISAS. Bukan sahaja tinggi pengetahuan agama, malah turut mahir pula dalam Bahasa Arab.
Setelah lebih 30 tahun, dapat juga ana menjejakkan kaki ke KISAS. Cuma yang bezanya ialah anak ana yang belajar di sana. Itulah takdir... itulah rezeki... jika bukan diri kita yang dapat, anak cucu kita pula yang dapat. Selamat belajar anakku. Engkaulah penyambung cita-cita ayah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan