Jam 4.30 pagi Jumaat yang lalu ana dikejutkan dengan satau panggilan drp emak. "Abu... ni, Mak nak bagi tahu, Pak Su Juremi di Puchong dah meninggal. Kau nak pergi ke?
Kalau kau nak pergi, mak nak tumpang." kata mak. Ana yang terkebil-kebil pun jawab, "Tengoklah..... kalau saya nak pergi nanti, saya bagi tau...". Ana pun terus letak telefon. Sambung tidur kerana malam tu memang dah tidur lewat kerana ada program menghafal ayat-ayat rukyah.
Jam 6.30 pagi, ana pun telefon mak. "Mak nak pergi Puchong ke?" kata ana. "Kau nak pergi ke?" jawab mak. "Pukul 7.00 pagi mak siap. Saya jemput. Saya nak hantar anak-anak ke sekolah dulu." kata ana. "Sempat ke Abu? Cutikan je budak-budak tu. Tak pe.... kan ada kematian." kata mak. "Tak pe lah mak... saya hantar budak dulu... lepas tu saya jemput mak. Ayah nak pergi ke?" tanya ana. "Ayah tak pergi kut. Jalan pun dah tak larat. Mak Lang nak ikut boleh?" kata mak. "Boleh lah. " jawab ana.
Setelah menghantar 5 orang anak ke sekolah kebangsaan, ana terus ke rumah ayah. Jemput Mak dan Mak Lang. Jam 7.30 pg kami pun bertolak. Ana berdoa kepada Allah agar selamatkan perjalanan kami dan berilah kesempatan kepada ana untuk solat jenazah. Perjalanan agak lancar. Cuma agak sesak di Puncak Alam dan Shah Alam. Ana singgah di stesen minyak di Shah Alam untuk ke tandas dan ambil wuduk. Mana lah tahu, di sana nanti tak sempat pulak nak ambil.
Sampai saja di Puchong, sudah ramai orang berkumpul di halaman rumah. Ana lihat jam tepat jam 9.30 pg. Ana terus naik ke rumah. Sebaik saja ana melangkah masuk ke dalam rumah, jenazah baru saja siap dikapankan dan bersedia untuk disolatkan. Ana pun terus masuk saf dan solat jenazah. Bersyukur sangat ana kerana sempat juga solat jenazah. Selepas itu jenazah di bawa pula ke masjid berdekatan untuk disolatkan. Di masjid ana lihat ada 5 saf jemaah. 4 saf daripadanya adalah pelajar tahfiz. Jam 10.00 pg jenazah disolatkan.
Kemudian ana terus mengiringi jenazah ke kubur. Jam 11.00 pg jenazah siap dikebumikan, dibacakan talkin, tahlil dan doa. Kemudian ana bergegas pula untuk pulang. Setelah menjemput Mak dan Mak Lang, kami pun pulang. Memang tak sempat nak jemput anak sekolah jam 11.50 pg. Jadi ana pun call staf ana untuk jemput mereka. Dalam perjalanan, ana call 3 anak lelaki ana, suruh mereka siap mandi dan pakai pakaian sekolah agama untuk ke masjid. Setelah mengambil mereka di rumah, ana terus hantar Mak dan Mak Lang ke rumah ayah. Sebaik tiba di rumah ayah, ana lihat ayah dah siap tunggu di depan pintu menunggu ana untuk ke masjid. Ana lihat jam dah pukul 1.25 tgh. Di dalam hati ana sempat juga berkata, "Betapa kecewanya ayah jika ana tak sampai tepat pada waktunya.... Siap tunggu depan pintu dengan penuh harapan untuk ke masjid".
Apabila tiba di masjid, azan pun dilaungkan. "Alhamdulillah... sempat juga ana solat Jumaat bersama ayah setelah beberapa bulan Solat Jumaat Tanpa Ayah. Syukur.... kerana Allah mengatur masa begitu teratur. Benarlah kata guru ana, Allah itu Yang Maha Merancang dan Allah juga Yang Maha Menentukan!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan