Selasa, Januari 25, 2011

Solat Jumaat Tanpa Ayah

Sudah lebih 2 bulan ana Solat Jumaat Tanpa Ayah. Terasa juga hati ini. Selalunya, setiap hari Jumaat ana akan menjemput ayah di rumahnya dan membawanya ke masjid. Selepas solat Jumaat, ana akan hantar anak-anak ke sekolah agama. Kemudian ana membawa ayah makan-makan dan minum-minum di warung atau restoran. Ayah memang suka minum teh panas dan mee goreng. Kadang-kadang ayah makan mee rebus dan rojak. Tetapi ..... sekarang tidak lagi.

Ayah telah pergi mengikut emak ke Shah Alam kerana menemani emak menjaga cucu. Bila ayah akan pulang....

1 ulasan:

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ berkata...

kasih anak dan ayah...~