Pagi semalam ana dikejutkan dengan ajakan rakan ana untuk bersarapan. Terkejut kerana moodnya yang luar biasa baiknya. Dia adalah salah seorang yang hadir dalam majlis malam jumaat yang lalu. "Abang Abu...jom minum" kata ringkas. Sebenarnya pada masa itu ana sedang menulis post baru dalam blog ana... dan bercadang nak join forum Kiswah. Ana pun tinggalkan komputer dan pergilah sarapan. Bukan ana je yang dia belanja, tapi 2 orang staf ana juga dia belanja.
Rakan ana menceritakan bahawa malam tadi dia mengubat seorang anak dara yang kena histeria. Bukan itu saja, dia juga sering dijemput oleh pihak sekolah menjadi 'jaga' dalam rombongan perkhemahan murid.Terkejut ana! Bila dia belajar ilmu perubatan Islam? Dah berjam-jam bercerita, akhirnya ana pun tanya drp mana dia belajar? Dia pun jawab dia bahawa dia belajar dari mimpi. Diajar oleh satu lembaga putih tetapi wajahnya tak jelas kelihatan. Katanya lagi... lembaga tu wali Allah! dalam keturunan mereka, hanya dia dan seorang sepupunya yang dapat mimpi ini. Neneknya dulu memang pandai berubat. Mulai dari saat itu, pandailah dia berubat.. Persoalannya.. Siapakah lembaga itu? Bolehkah dia mengamalkan ayat-ayat syifa yang diberi melalui mimpi? Jika amalan tersebut menyeleweng, bagaimanakah ana nak membantu beliau supaya bebas drp amalan tersebut?
*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan