Selasa, Februari 01, 2011

Bebaskan Kami!

Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada A.F. Ust Mohd Nazeri dan rakan-rakan yang datang ke tempat ana malam Jumaat yg lalu. Terima kasih juga kepada A.F. Ust Hayat kerana memberi kata aluan secara langsung dalam majlis tersebut melalui loudspeaker h.p. Sungguh di luar jangkaan. Lebih 80 orang telah hadir. Walaupun team kami belum bersedia untuk membuat rawatan, tetapi masyarakat amat memerlukannya. Maklumbalas yang ana terima amat mengejutkan. Majoriti drp mereka berkata bahawa rawatan secara bulanan perlu diadakan. Seolah-olah mereka merayu 'bebaskan kami dari kesyirikan!' Ya Allah! Bantulah kami. Persoalannya.... kami belum bersedia untuk merawat. Padahal masyarakat memang cukup bersedia untuk dirawat! Apa pandangan ustaz dalam perkara ini? Apakah perancangan Kiswah bagi membantu masyarakat di Sg Besar supaya bebas drp 'kesyirikan' dalam perubatan?

*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com

Tiada ulasan: