Khamis, Mei 19, 2011

Tidak Diterima Bumi

Beberapa minggu yang lalu, seorang ustaz bertanya kepada ana, "Anta masih buat blog lagi?" . Ana pun jawab, "Ya.. masih lagi. Cerita terbaru ialah tentang Tidak Memperdulikan Halal dan Haram." Kemudian ustaz tersebut pun berkata, "Ana nak minta anta tuliskan tentang cerita ni.. mudah-mudahan ianya akan menjadi teladan kepada yang membacanya." Begini kisahnya...
Suatau malam, selepas solat Maghrib di masjid, imam mamaklumkan bahawa selepas Solat Isyak nanti akan diadakan solat jenazah. Seperti biasa, ahli jemaah akan menunggu. Namun yang menghairankan ustaz tu ialah, apabila jenazah sampai, ramai ahli jemaah yang balik... tak mahu solatkan jenazah tersebut. Maka ustaz ni dan beberapa ahli keluarga pun solatkanlah jenazah tersebut.
Apabila selesai disolatkan, ustaz ni pun hairan lagi kerana tak ada sesiapa yang nak mengangkat jenazah untuk dibawa keluar. Setelah diarahkan, barulah beberapa orang jemaah mengangkat jenazah tersebut. Jenazah tersebut dibawa keluar untuk dibawa ke kubur. Yang menghairankan lagi ialah, kubur yang digali daripada selepas maghrib tadi tak siap-siap. Sudah beberapa kali dikorek, tapi ada keranda pula di bawahnya. Walaupun tadi penggali kubur dah cucukkan besi. Masa terus berlalu hingga jam 10.30 malam. Walaupun liang sudah dikorek, tapi tebingnya runtuh semula... sehinggalah beberapa kali barulah boleh. Apabila sudah sedia, maka ketika keranda nak diturunkan, tak muat pulak. Sedangkan tadi memang dah diukur. Kerana sudah larut malam dan kepenatan, maka keranda itu dimasukkan juga walaupun secara paksa.
Setelah siap ditimbus, Ustaz tersebut pun mulakan membaca talkin. Yang menghairan ustaz tersebut ialah, tanpa diduga buku talkin yang sedang dibaca jatuh bertaburan di atas lumpur. Maka terpaksalah ustaz tersebut kutip sata persatu. Hingga jam 11.00 malam barulah selesai.
"Ana pun tak tahulah apa yang Allah nak tunjukkan kepada ana. Selama ni ana baca Mastika tu ana rasa macam tak percaya... tapi apabila sudah berlaku di depan mata, barulah ana percaya..." kata ustaz tersebut mengakhiri ceritanya. Ana pun bertanya, " Siapa orang tu ustaz?" . Ustaz pun menjawab, "Menurut cerita yang ana dapat, simati tu ialah tauke karoake. Tak pernak campur masyarakat. Sehingga anaknya nak kahwin pun, isterinya yang pergi jumpa Jurunikah." 
Ana pun terdiam seketika. ana fikir macam manalah diri ana kelak.... macam manalah diri kita kelak... adakah kita akan diterima oleh bumi?...

1 ulasan:

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ berkata...

semoga kita semua mati dalam husnul khotimah...~