Hai.... dah 3 minggu ana tak bersenam. Badan pun dah mula rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh dan malas. Rasa macam nak tidur je. Batuk pun dah hampir sebulan. Belum pulih sepenuhnya. Sampai satu ketika, belakang ana menjadi terlalu sakit. nak bangun pun tak boleh. Terpaksa dibantu oleh anak-anak. Ada rakan kata ana dah terkena...
ketika memberi rawatan murid kelas al-Quran yang kerasukan. Tapi ana tak perduli.... yang penting ana dapat membantu seadanya.
Bersenam pun rasa malas. Tambahan pula ana memang kalut sikit mengurus hal anak lepasan SPM dan STPM. Menghadiri seminar dan menunggu kelahiran orang baru. Kadang-kadang terlintas juga di fikiran ana, jika ana pergi mengadap Ilahi... siapakah yang akan membantu anak-anak. Memastikan mereka akan terus belajar, mendalami ilmu agama, bahasa arab dan al-Quran. Patutlah anak-anak yatim menjadi tanggungjawab masyarakat. Memberi kasih sayang dan bantuan saraan harian. Kepada anak-anak ayah, jika kalian terbaca catatan ini, ingatlah bahawa apapun yang terjadi kepada ayah, kalian mesti teruskan perjuangan menuntut ilmu. Saling membantu sesama ahli keluarga. Keluarkan keluarga kita daripada kesusahan, jangan mengharap bantuan orang lain...
Minggu depan ana berazam akan mula bersenam lagi... mudah-mudahan ana semakin sihat dan kuat bagi meneruskan kehidupan yang mencabar ini. Bukan senang nak memulakan sesuatu yang sudah lama ditinggalkan. Namun dengan tekad dan azam yang kuat, Insya-Allah ana akan bersenam semula. Kepada pembaca yang mengamalkan senaman sebagai satu terapi, teruskan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan